summit meeting | sidang kemuncak | Komunikasi | Korporat | Mesyuarat berstatus tinggi yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi yang mewakili negara atau organisasi. Mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua negara sekiranya agenda mesyuarat adalah mengenai kepentingan antara negara. Sekiranya agenda mesyuarat tertumpu kepada kepentingan operasi organisasi atau syarikat, maka mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua eksekutifnya. Tujuan sidang kemuncak ini adalah untuk membincangkan isu dasar, mendapatkan penjelasan, serta membuat keputusan dan persefahaman secara bersama. Mesyuarat ini penting kepada organisasi atau negara kerana mampu mempamerkan kesepakatan dan kesatuan dalam kalangan pihak yang terlibat. Kesannya, citra negara, organisasi, atau syarikat tersebut akan meningkat. Sebelum sidang kemuncak, biasanya beberapa sidang kecil diadakan terlebih dahulu dalam kalangan wakil pengurusan eksekutif. Persidangan kecil ini bertujuan untuk menyediakan hala tuju dan prosedur sidang kemuncak yang diadakan. Selain itu, mesyuarat kecil ini juga bertujuan untuk menyarin |
plenary assembly | perhimpunan pleno | Sejarah | Tiada | Perhimpunan atau penyampaian yang dihadiri oleh semua pihak yang berhak. |
plenary session | sidang penuh | Komunikasi | Korporat | Sesi perbincangan utama yang dihadiri oleh semua peserta atau ahli sidang yang bergabung daripada sesi perbincangan kecil yang diadakan sebelumnya bagi membuat ketetapan bersama. Sesi ini boleh dilakukan dalam sesi bengkel berdasarkan subtema yang dipilih, yang diadakan semasa sesuatu persidangan, perhimpunan, seminar, simposium, sidang kemuncak, dan konvensyen. Dalam acara ini, biasanya terdapat tema yang berkaitan dan utama, serta mempunyai kepentingan dan implikasi kepada isu yang dibincangkan. Hasil keputusan dan rumusan bengkel dibawa ke sidang penuh bagi mendapatkan ketetapan akhir. Fungsi sidang penuh adalah untuk: (i) Menyelaraskan keputusan yang dicapai daripada perbincangan kumpulan bengkel. (ii) Mendapatkan kesepakatan dalam isu utama yang berkaitan dengan tema. (iii) Mengenal pasti isu yang perlu diberi keutamaan. (iv) Memberikan ruang yang seimbang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan dan cadangan sebelum keputusan akhir dilaksanakan sebagai satu kaedah pembuatan keputusan demokratik.. |
baby shower | rai bayi | Umum | Tiada | Majlis untuk meraikan bakal ibu yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah. |
mass gathering | perhimpunan ramai | Kesihatan Awam | Tiada | Sesi pertemuan atau perjumpaan yang dihadiri lebih daripada 100 orang dalam sesuatu tempat atau acara secara serentak. |
mass rally | rapat umum | Komunikasi | Tiada | Perhimpunan yang diselenggarakan di sesuatu tempat yang dihadiri oleh khalayak. |
bridal shower | rai pengantin | Umum | Tiada | Majlis untuk meraikan bakal pengantin perempuan menjelang hari perkahwinan yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah. |
Berlin Congress | Kongres Berlin | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Kongres yang diadakan di Berlin pada tahun 1878, dihadiri oleh wakil tujuh negara, iaitu Jerman, Austria, British, Itali, Perancis, Rusia dan Empayar Uthmaniyah (Turki). Kongres ini diadakan bagi meninjau kembali syarat-syarat Perjanjian Damai San Stefano antara Rusia dengan Empayar Uthmaniyah (Turki) yang dimeterai pada tahun 1878. Perjanjian Damai San Stefano ditandatangani bagi menamatkan peperangan antara Rusia dengan Turki (1877�1878). Perjanjian ini dianggap berat sebelah dan merugikan Turki. Melalui perjanjian ini Bulgaria lahir sebagai negara baru dan pengaruh Rusia semakin meluas. Keadaan ini tidak disenangi oleh pihak British dan Austria. Ekoran perkembangan ini, Kongres Berlin dianjurkan dan dipengerusikan oleh Bismarck. Kongres Berlin membuat resolusi seperti yang berikut: i. Montenegro, Serbia dan Romania diiktiraf sebagai negara merdeka; ii. Bulgaria diletakkan di bawah pengaruh Turki; iii. Wilayah Rumelia Timur diletakkan di bawah autonomi Turki. Walau bagaimanapun, wilayah ini ditadbir oleh |
popular assembly | badan perwakilan rakyat; assembli popular | Sejarah | Tiada | Pertunjukan atau penyampaian yang diadakan secara besar-besaran dan dihadiri oleh perwakilan yang dipilih rakyat dalam sesebuah negara. |
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |