liquid drop model | model titisan cecair | Kejuruteraan | Tiada | Model nukleus atom yang diibaratkan sebagai bersifat seperti satu titisan cecair. |
internal resistance | rintangan dalam | Teknik | Elektrik | Rintangan yang wujud di dalam sumber bekalan, seperti di dalam bateri atau penjana. rintangan dalam bagi sesebuah bateri atau penjana dapat diibaratkan sebagai perintang yang disambung sesiri dengan sumber bekalan dalam satu litar. Rintangan ini mempengaruhi jumlah voltan yang dikeluarkan, kerana wujudnya susut voltan pada rintangan ini. |
slave narrative | naratif hamba | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mengisahkan riwayat hidup yang ditulis oleh seorang hamba abdi yang telah dimerdekakan. Riwayat yang ditulis adalah mengenai kisah dan pengalamannya sebagai seorang hamba. Naratif hamba diibaratkan sebagai suatu jenis karya autobiografi yang bertemakan pemansuhan pengabdiaan yang muncul sebelum Perang Saudara Amerika Syarikat. Contoh naratif hamba: Narrative of hte Life of Frederick Douglas. |
OR circuit | litar ATAU | Teknik | Elektrik | Litar elektrik digital yang mempunyai dua bahagian masukan atau lebih, dan satu keluaran. Isyarat masukannya mesti diberikan pada salah satu bahagian untuk menghasilkan isyarat keluaran. Sebagai perbandingan, litar ATAU ini boleh diibaratkan seperti dua suis atau lebih yang disambung selari pada sebuah lampu. Lampu akan menyala sekiranya salah satu suis dibuka. Dalam litar logik, litar ini disebut get ATAU. |