Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diingat

Puisi
 

Apa guna pokok pinang,
     Daun hijau kuning padi;
Apa diingat apa dikenang,
     Gunung dikejar tidakkan lari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menggaru luka lama.

Bermaksud :

Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slogancogan kataKomunikasiTiadaFrasa yang mudah diingat dan mempunyai maksud tertentu yang digunakan untuk mengiklan atau menyatakan tujuan sesuatu organisasi.
mnemonic codekod mnemonikKejuruteraanTiadaKod atur cara yang mudah diingat kerana kod tersebut menggambarkan perkataan yang asal.
forgetting curvekeluk lupaPendidikanTiadaKeluk yang menggambarkan kadar bahan pembelajaran tidak dapat diingat oleh pelajar.
catchword titlejudul menarikPerpustakaanTiadaJudul yang mengandungi beberapa perkataan dan frasa menarik yang mudah diingat oleh pengguna yang ingin mendapatkan bahan atau maklumat.
catch titlejudul menarikPerpustakaanTiadaJudul yang mengandungi beberapa perkataan atau frasa yang menarik atau mudah diingat oleh pengguna yang ingin mendapatkan bahan atau maklumat.
learning retentionpengekalan pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranPengekalan pemahaman sesuatu maklumat disebabkan oleh pengalaman dan pembelajaran yang membolehkan maklumat tersebut diingat kembali dan diaplikasikan dalam situasi yang sesuai.
catchword entryentri kata penunjukPerpustakaanTiadaEntri di dalam katalog, bibliografi atau indeks yang terletak di bawah beberapa kata menarik yang mudah diingat yang dipilih sebagai kata utama atau kata entri untuk judul buku.
DNS (domain name system)DNS (sistem nama domain)Teknologi MaklumatTiadaSistem yang menukar nama domain Internet kepada alamat protokol Internet . Nama domain lebih mudah diingat dan bermakna. Contohnya, www.dbp.gov.my .
long-term memory (LTM))ingatan jangka panjang (LTM)PsikologiPsikologi UmumIngatan yang menyimpan banyak maklumat terutamanya yang bermakna dan signifikan dalam kehidupan individu. Maklumat yang tersimpan boleh membantu individu dalam pembelajaran, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan membina identiti diri serta peribadi. Maklumat boleh disimpan mengikut semantik berkategori. Contohnya, nama seperti durian, nangka, ciku, rambutan, pulasan dan sebagainya boleh disimpan dan diingat di bawah konsep buah. Malah orang yang mengalami cacat ingatan juga boleh mengingati konsep buah sekalipun sukar menamakan buah tersebut. Sesuatu maklumat juga disimpan dalam bentuk bunyi dan rupa. Dalam fenomena hujung lidah, individu terasa seperti mengingati seseorang individu itu tetapi gagal menamakannya. Namun, bunyi nama individu itu berkemungkinan besar dapat diingat, misalnya jika nama orang itu khalid, nama seakan-akan dengannya seperti Walid, Mulid, Talib, Lid adalah lebih tinggi kemungkinan untuk diingat berbanding nama seperti Adam atau Hashim.
stereotaipstereotaipPsikologiPsikologi UmumKepercayaan atau jangkaan umum yang biasanya negatif terhadap kelompok tertentu. Individu terlalu mudah untuk membina stereotaip yang salah terhadap individu lain atau kelompok tertentu kerana ingatannya terhadap perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh seseorang itu lebih mudah diingat dan kekal lama. Contohnya, jika individu pernah ditipu oleh penjual barangan tertentu, maka kecenderungan individu berkenaan untuk membentuk stereotaip yang salah terhadap semua penjual barangan adalah tinggi.
12

Kembali ke atas