finish lumber | kayu siap | Landskap | Tiada | Kayu yang telah siap diketam dan dirawat untuk digunakan da lam pembinaan. |
dressed size | saiz kemas | Alam Bina | Tiada | Saiz kayu selepas diketam. |
dressed timber | kayu berketam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu gergaji yang telah diketam pada satu permukaan atau lebih. Ada beberapa kategori kayu berketam yang dihasilkan, iaitu kayu berketam dua muka lebar (K2L), kayu berketam satu muka tepi (K1T), dan kayu berketam dua muka tepi (K2T). Ukuran kayu berketam biasanya terkurang sedikit daripada ukuran kayu gergaji yang telah ditetapkan. |
box timber | kayu pak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu gergaji yang mudah diproses, iaitu dibelah, diketam dan dipaku, ringan, dan tahan lama yang biasa digunakan untuk pembuatan bekas seperti kotak dan peti kayu. |
filler | pengisi | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Bahan yang digunakan untuk mengisi liang pada permukaan yang diketam atau dipelas, bagi mengurangi keronggaan permukaan ayu yang diproses untuk proses kemas siap. 2. Bahan lengai seperti sabut tempurung yang ditambah kepada rumusan perekat untuk mengurangkan kos dan menambahkan isipadu. 3. Bahan yang ditambahkan dalam proses pembuatan kertas bagi mengisi rongga di antara gentian lignoselulosa. Bahan ini menambahkan kelegapan, kecerahan, dan kelicinan kepingan kertas yang dihasilkan. Misalnya, debu liat, talkum, dan gipsum. |
parting tool | alat pemotong | Kesenian | Tiada | Alat bermata runcing untuk memotong benda kerja daripada kayu yang telah dilarik atau diketam. |
cut-off tool | alat pemotong | Kesenian | Tiada | Alat bermata runcing untuk memotong benda kerja daripada kayu yang telah dilarik atau diketam. |
board foot | kaki papan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Simbol Bd. ft. Unit sukatan papan gergaji yang mempunyai dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal. Untuk kayu gergaji yang telah diketam, ukuran kaki papan adalah berdasarkan ukuran nominal, dan dalam amalan sehari-hari, unit kerjanya disebut 1000 kaki papan atau M.bd.ft. |
long clamp | apit panjang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat kerja kayu daripada logam yang digunakan untuk mengapit atau dengan merapatkan kompenen kerja kayu dengan kejap semasa proses pemerekatan. Alat ini juga digunakan untuk mengapit kepingan pendek yang hendak diketam atau dikumai. gambar (Apit panjang) |
compression failure | kegagalan mampatan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | kegagalan akibat mampatan berlebihan yang selari pada arah ira, sama ada secara langsung atau kerana lenturan. Kegagalan mampatan semula jadi boleh berlaku pada pokok yang masih hidup, akibat tegasan dalaman yang disebabkan oleh hujan, salji atau tumbuhan tidak sekata. Kegagalan wujud sebagai retak-retak halus merintangi ira, dan gentian akan patah secara melintang. Kegagalan ini sukar dikesan sehingga kayu diketam. |