Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikupas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cooking vatvat pemanasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTangki yang berisi air yang dipanaskan dan digunakan untuk menghangatkan blok kayu venir sebelum dikupas pada mesin bindu. Muatan dan suhu air di dalam tangki bergantung pada spesies kayu yang akan dikupas.
studded onionbawang susuk cengkihPentadbiran PerniagaanTiadaBawang besar yang dikupas, dititik dengan bunga cengkih sebagai bahan perasa kaldu dan sos.
match blockblok mancisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBungkah kayu yang dipotong mengikut panjang anak mancis, kemudiannya dibelah atau dikupas dan diracik halus mengikut ukurannya iaitu 2 mm x 2mm x 40 mm. Jenis kayu tempatan yang banyak digunakan ialah kayu sesenduk dan terentang.
bird�s eye figurecorak mata burungPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCorak pada permukaan kayu yang dipotong selari atau dikupas, yang menunjukkan kawasan bundar yang menyerupi mata kecil. Kejadian ini disebabkan oleh lekukan kon gentian-gentian kayu.
peeler logbalak kupasanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBalak yang berbentuk bulat dan lurus, mempunyai teras yang teguh dan mudah dikupas, dan yang sesuai diubah menjadi venir melalui proses kupasan. Spesies kayu yang utama yang boleh dijadikan balak kupasan ialah mersawa, damar minyak, meranti putih, dan meranti merah muda.
scurfkeropengBiologiPatologiPenyakit pada ubi jalar yang disebabkan oleh kulat Monilochaetes infuscans. Gejala utamanya ialah pembentukan belur perang atau gelap pada ubi yang kemudian berkeropeng dan mudah dikupas.
bird�s eye spotbintik mata burungPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCorak berbentuk bulat atau bundar yang menyerupai mata kecil pada permukaan kayu yang dipotong selari atau dikupas, dan terjadi akibat lekukan berbentuk kon pada gentian kayu. Corak ini menambahkan nilai estetik barangan kayu.
rattanrotanKesenianHiasan DalamanSejenis tumbuhan palma memanjat yang terdapat di kawasan Asia. Rotan yang sudah dikeringkan dianyam untuk membuat tikar, bakul, raga, kerusi, perabot dan peralatan perhiasan. Biasanya, batang rotan dikupas dan kulitnya dijadikan bahan anyaman, manakala empulurnya digunakan untuk membuat perabot dan pelbagai barangan lain. Rotan dalam bentuk mentah atau sudah diproses menjadi bahan pilihan kerana ringan, tahan dan mudah lentur. Seperti kayu, rotan juga boleh dicat atau disudahkan dengan lumuran pelbagai warna lain.
black root diseasepenyakit akar hitamBiologiPatologiPenyakit busuk akar tumbuhan saka, terutamanya pada kopi dan teh, yang disebabkan oleh kulat Rosselinia bunodes. Pangkal batang dan akar tumbuhan yang terserang berwarna hitam. Apabila kulit akar tersebut dikupas akan kelihatan rizomorf hitam yang terdapat di antara kulit kayu.
pressure bar gapjarak galang penekanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanJarak di antara dua satah menegak yang merentasi hujung mata pisau dan bahagian tepi galang penekan dalam mesin pengupas, dan penghiris venir. Jarak ini menentukan ketebalan venir yang dikupas atau dihiris.
12

Kembali ke atas