Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikurung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cavity resonatorresonator ronggaFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanRuang yang dikurung oleh pengkonduksi logam yang diuja supaya menjadi sumber ayunan elektromagnet. Alat resonans rongga, rongga resonan.
confinement feedingpemberian makanan berkurungVeterinarTiadaPemberian makanan kepada haiwan yang dikurung atau diternak secara intensif (fidlot). Biasanya, makanan diformulasi khusus dan mengandungi campuran bahan konsentrat atau bahan foraj yang diberi dalam bentuk segar (potong angkut) atau dalam bentuk rumput kering atau silaj. Tujuan pemberian makanan dengan cara ini ialah untuk meningkatkan kadar pertumbuhan di samping mengurangkan kos makanan, menjimatkan penggunaan kawasan penternakan dan mengurangkan kos buruh.
positive displacement pumppam anjakan positifKejuruteraanTiadaPam tempat suatu isi padu tertentu cecair dikurung dalam suatu ruang, tekanannya dinaikkan, dan kemudiannya diluahkan.
zoo viruszoo virusTeknologi MaklumatTiadaTapak web yang menyimpan koleksi virus Internet. Virus dikurung dalam persekitaran terasing untuk tujuan latihan dan penyelidikan antivirus. Zoo virus tidak boleh didapati di luar daripada makmal syarikat antivirus. Laman ini diharamkan oleh sesetengah negara.
dischargediscaj (cecair)PerubatanTiadaKeadaan yang membenarkan (cecair, gas, atau bahan lain) mengalir keluar dari tempat bahan dikurung.
detention campkem tahananSejarahTiadaTempat tahanan tawanan perang, tahanan politik, pelarian atau bangsa asing yang ditangkap dan dikurung dan kadangkala diseksa secara fizikal dan mental.
semi-confinement/semi-intensivesepara kurungVeterinarTiadaSistem pemeliharaan ternakan yang sebahagian masa hidupnya dilepas bebas. Biasanya, ternakan akan dikurung pada waktu malam dan pada waktu siang ternakan tersebut dibenarkan keluar dari kandang untuk mencari makanan dan meragut. Bagi poltri makanan disediakan di dalam kandang dan ternakan dibiar keluar dalam kawasan berpagar.
diffusion timemasa resapanKejuruteraanTiadaTempoh min untuk sesuatu zarah di dalam sesuatu plasma meresap merentasi isi padu plasma yang dikurung oleh medan magnet.
betatronbetatronFizikAtom dan NuklearPeranti untuk memecut elektron di dalam rongga berbentuk cincin yang divakumkan. Pemecutan ini menggunakan fluks magnet yang bersandarkan masa dan dikurung dalam cincin tersebut. Alur elektron yang dihasilkan daripada betatron ini dipancarkan kepada sasaran tertentu bagi menghasilkan sinar-X bertenaga tinggi untuk kegunaan industri dan radiografi perubatan.
quantum confinementpengurungan kuantumFizikNanoteknologiPengurungan elektron atau lohong dalam semikonduktor berupa sekatan pergerakan dalam satu atau lebih dimensi. Pengurungan kuantum ini dapat berlaku apabila satu atau lebih dimensi hablur dikecilkan sehingga menghampiri saiz jejari Bohr, iaitu 10 nm - 100 nm. Contohnya, bintik kuantum dikurung dalam tiga dimensi, wayar kuantum dalam dua dimensi dan perigi kuantum dalam satu dimensi.

Kembali ke atas