A law | hukum A | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian pengekodan modulasi kod denyut/pemodulatan kod denyut (PCM) yang digunakan di Eropah dan kawasan yang diluar pengaruh Amerika Utara. Pengekodan Hukum A adalah satu kaedah pengekodan PCM yang menukar isyarat suara analog kepada isyarat strim bit digital. Pengekodan ini berasaskan kepada 32 saluran yang dua daripadanya digunakan untuk kawalan dan 30 lagi digunakan untuk memancarkan data pada kadar 2.048Mbps. Lihat PCM dan Hukum MU. |
ecological amplitude | amplitud ekologi | Perhutanan | Tiada | Keupayaan spesies untuk hidup dalam julat parameter yang terhad, seperti cahaya matahari, suhu, atau keasidan tanah. Jika satu antaranya berada diluar julat ketoleranan spesies, faktor sekitaran yang berkenaan disebut sebagai faktor pengehad. |
cache memory | ingatan cache/para | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis ingatan berkelajuan tinggi yang bertindak menyimpan sementara data/suruhan yang diperlukan oleh CPU dari ingatan. Data yang disimpan adalah data yang selalu dirujuk ataupun data yang paling baru dirujuk. Ingatan cache (disebut cash) direka bentuk untuk mempercepatkan pemindahan data/suruhan dalaman iaitu antara ingatan dan CPU. CPU akan mencari data/suruhan dalam ingatan cache dahulu, jika tiada akan mengambilnya dari ingatan dan akan juga disalin di cache selain dihantar ke CPU untuk kegunaan selanjutnya. Biasanya saiz cache untuk PC adalah 256KB sehingga 1MB. Cache ini dirujuk juga sebagai Cache paras 2 (L2) kerana berada diluar CPU. Semakin besar saiz cache semakin tinggi kelajuan pemprosesan. Harga ingatan cache adalah lebih mahal dari ingatan RAM. |