e-book | e-buku | Teknologi Maklumat | Tiada | Buku dalam bentuk elektronik yang boleh dimuat turun dan dibaca dengan perisian Adobe Acrobat eBook Reader. Pengguna boleh membeli e-buku dalam disket atau CD tetapi cara yang paling popular untuk mendapatkan e-buku adalah dengan membeli fail yang boleh dimuat turun dari tapak web seperti "Barnes and Noble". |
freeware | perisian percuma | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang boleh dimuat turun dari Internet dan disebar secara bebas tanpa dikenakan bayaran. Perisian ini tidak mempunyai versi demonstrasi, tiada bahagian yang tidak berfungsi atau pun dihadkan dari segi tempoh penggunaan. Pembangun perisian masih memiliki hak cipta. Banding perisian kongsi, perisian bebas |
apps | app | - | Tiada | Perisian yang direka bentuk untuk melaksanakan tugas tertentu yang dimuat turun dan dipasang dalam komputer dan peranti mudah alih. Singkatan bagi application. |
pipeline capacity | muatan talian paip | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Isi padu bendalir yang boleh dimuat atau disalurkan oleh sesuatu talian paip. |
posting | hantaran | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Teks, imej, video atau audio yang dimuat naik ke ruang maya melalui Internet. |
manifest | manifes;daftar muatan | Kejuruteraan | Tiada | Daftar muatan: Senarai dan keterangan lengkap kargo yang dimuat ke dalam kapal. |
freeware | perisian percuma | Teknologi Maklumat | Perisian | Sejenis perisian yang mempunyai hak cipta dan boleh dimuat turun atau disalin daripada Internet tanpa bayaran. Walaupun perisian ini diberikan secara percuma, pengguna tidak boleh mengubah perisian tanpa kebenaran kerana hak cipta masih dimiliki pencipta perisian. Pencipta membenarkan pengguna menggunakan perisian tersebut, namun bukan untuk dijual. |
video learning | pembelajaran bervideo | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Penyampaian kandungan pembelajaran melalui video yang dimuat turun atau penstriman dalam persekitaran e-pembelajaran. Biasanya, video ini direka bentuk pendek, menarik dan dapat mengekalkan perhatian pelajar. |
video on demand (VoD) | video atas permintaan (VoD) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Video yang dimuat turun atau distrim oleh pengguna berdaftar apabila diperlukan daripada hos pembekal perkhidmatan atau platform e-pembelajaran. |
freeware | perisian percuma | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian komputer yang boleh digunakan secara percuma yang lazimnya dimuat turun daripada Internet. Walau bagaimanapun, perisian percuma tetap dilindungi oleh hak cipta iaitu pengguna bebas menggunakannya dan membuat salinan tetapi tidak dibenarkan mengubahsuai, menjual dan mengedarnya tanpa kebenaran. Contohnya perisian Acrobat Reader. |