Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (menjadi) beku kerana terlampau sejuk (bkn cecair spt air dll); mendinginbekukan menjadikan beku dgn menyejukkan berlebih-lebihan: cecair karbon dioksida ini mudah didinginbekukan men­jadi pepejal; terdingin beku (telah) menjadi beku kerana terlampau disejukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beku kerana terlalu sejuk (bkn air dll). mendingin beku menjadi beku (bkn air dll) kerana disejukkan dgn berlebih-lebihan. mendinginbekukan menjadikan cecair (spt air) beku dgn menyejukkannya berlebih-lebihan. terdingin beku telah menjadi beku kerana terlampau sejuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dingin beku


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cool season croptanaman musim dinginPertanianAgronomi

 Berkaitan tanaman di kawasan iklim suhu sederhana yang mengalami musim dingin, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Tanaman musim dingin adalah tanaman yang sesuai ditanam dalam suhu yang agak rendah, iaitu pada musim bunga atau musim luruh, dan kurang sesuai ditanam pada musim panas. Contoh tanaman musim dingin ialah bawang, ubi kentang, kobis, brokoli dan kacang pis. Tanaman ini lebih sesuai pada suhu kurang daripada 24oC dan tahan terhadap keadaan fros atau suhu yang di bawah tahap beku (0oC). Di kawasan tropika, tanaman musim dingin hanya boleh ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands.

chilled meatdaging dinginPentadbiran PerniagaanTiadaDaging yang didingin beku dengan cepat.
water supercooledair terlampau dinginHidrologiTiadaAir yang telah menjadi sejuk di bawah takat beku tanpa memejal atau menghablur.
advection fogkabut alir lintangSainsHidrometeorologiKabut yang terbentuk oleh laluan udara yang agak panas, lengas dan stabil di atas permukaan dingin. Kabut ini biasanya berkaitan dengan kawasan laut yang dingin terutamanya semasa musim bunga dan musim panas dan mungkin melarat ke pantai yang berdekatan. Kabut ini juga boleh berlaku di daratan semasa musim sejuk, terutama apabila permukaan telah beku atau diliputi salji.
advection fogkabut adveksiMeteorologiMeteorologi PerhubunganKabut yang terbentuk oleh laluan udara yang agak panas, lengas dan stabil di atas permukaan dingin. Kabut ini biasanya berkaitan dengan kawasan laut yang dingin terutamanya semasa musim bunga dan musim panas, dan mungkin melarat ke pantai yang berdekatan. Kabut ini juga boleh berlaku di daratan semasa musim sejuk, terutama apabila permukaan telah beku atau diliputi salji.
cook-freeze foodmakanan masak-sejuk bekuMakanan dan PemakananTeknologi MakananMakanan sudah masak dan disejukbekukan segera dengan teknik pempasteuran pada suhu � 18oC. Makanan ini disimpan pada suhu yang sama dan perlu dinyahbeku sebelum dipanaskan pada suhu lebih daripada 70oC untuk dihidang. Lihat juga makanan masak dingin.

Kembali ke atas