nonmarketed goods | barang tak diniagakan | Ekonomi | Tiada | Barang yang tidak diniagakan di pasaran tetapi ditukar melalui sistem tukar barang, atau diperoleh melalui kegiatan membuat sendiri. Misalnya, khidmat suri rumah dan kegiatan gotong-royong. |
tradable sukuk | sukuk boleh niaga | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil kewangan yang boleh diniagakan di pasaran sekunder. Urus niaga sijil ini sah kerana tidak mempunyai elemen yang bertentangan dengan syariah. Syarat utama untuk membolehkan sijil ini boleh diniagakan ialah aset pendasar urusan ini telah wujud. Contohnya aset pendasar bagi sukuk al-Ijarah ialah bangunan yang disewakan. Sukuk tak boleh niaga seperti sukuk al-istisna’ akan menjadi boleh niaga dengan syarat kewujudan aset pendasarnya telah mencapai sekurang-kurangnya 51% daripada nilai pasaran. Sinonim sijil aset kewangan Islam boleh niaga. |
non-tradable sukuk | sukuk tak boleh niaga | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil kewangan yang tidak boleh diniagakan di pasaran sekunder. Urus niaga sijil ini tidak sah kerana mempunyai elemen yang bertentangan dengan syariah kerana aset pendasarnya belum wujud. Contohnya, sukuk al-Istisna’. Walau bagaimanapun, sijil ini boleh diniagakan apabila aset pendasarnya telah wujud atau aset pendasarnya telah mencapai sekurang-kurangnya 51% daripada nilai pasaran. Sinonim sijil kupon sifar tak bleh niaga. |
bellwether | saham pandu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Saham yang diniagakan dalam volum yang sangat besar sehingga boleh mempengaruhi seluruh pasaran dan menunjukkan arah aliran umum pada sesuatu hari niaga. |
inactive bond | bon lembap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang jarang diniagakan dan dianggap tidak cair, biasanya mempunyai jurang perbezaan yang besar antara harga bida dengan harga tawar. |
unseasoned issue | terbitan baharu | Pentadbiran | Tiada | Terbitan sekuriti yang belum diniagakan oleh pasaran. |
bill of exchange | bil pertukaran | Ekonomi | Tiada | Dokumen yang boleh diniagakan yang mengandungi arahan kepada pihak ketiga, seperti bank, untuk membayar sejumlah wang pada suatu tarikh yang ditetapkan atau atas permintaan. |
line card | kad lini | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Catatan jumlah insurans yang diniagakan kepada setiap pihak yang diinsuranskan. |
innovation | inovasi/reka baru | Ekonomi | Tiada | 2. Pengenalan keluaran baru supaya dapat diniagakan sama ada dilihat dari segi jenis keluaran, gunaan keluaran, perkhidmatan yang diberikan atau cara-cara baru untuk mengeluarkannya. Proses inovasi ini bermula dengan ciptaan yang kemudiannya digunakan secara komersial setelah diuji, dimajukan, dan dikeluarkan untuk jualan. |
seaconed issue | terbitan sedia | Pentadbiran | Tiada | Terbitan tambahan bagi sekuriti yang sudah diniagakan. |