solderbility | kebolehpaterian | Sosiologi | Tiada | Kebolehan dua bahan dipaterikan. |
hermetically sealed container | bekas pateri kedap | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Pembungkus makanan yang dipaterikan sepenuhnya untuk menghalang pengaliran udara dalam produk makanan bagi mengekalkan pensterilan komersial produk makanan tersebut. Bekas pateri kedap terdiri daripada logam, kaca atau kadbod berlapik dengan polietilena. |
sanggam | sanggam | Kesenian | Seni Batik | Bahagian sarang yang berupa kepingan logam yang agak tebal dan dipaterikan pada bahagian atas isi sarang untuk mengukuhkan bingkai sarang. |
tinned wire | dawai bertimah | Teknik | Elektrik | Dawai yang disalut dengan timah atau pateri. Dawai ini mudah dipaterikan dan lazim digunakan untuk kerja-kerja yang banyak melibatkan sambungan secara pateri. Dawai bertimah digunakan, contohnya, dalam litar elektronik mudah. |
tinning | penimahan | Teknik | Elektrik | Proses menyalutkan dawai atau bahagian logam tertentu dengan bahan pateri. Ini bertujuan membolehkan bahan itu tahan karat dan mudah dipaterikan kemudiannya. |
pole shoe | kasut kutub | Teknik | Elektrik | Bahagian hujung atau atas kutub medan magnet dalam mesin elektrik agar membentuk permukaan kutub yang lebih lebar atau menyamai satu kebuk. Bahagin ini mungkin dibuat daripada besi berlapis atau padu, dan diskrukan atau dipaterikan pada kutub. |
britannia joint | sambungan britania | Teknik | Elektrik | Sambungan pengalir elektrik yang biasanya digunakan untuk dawai kuprum teras tunggal talian atas yang mengalami tegangan. Kedua-dua dawai yang disambung akan diikat dengan satu dawai lain, sepanjang kurang daripada 6 cm, dan dipaterikan, dan sepanjang lebih kurang 0.5 cm di hujung kedua-dua pengalir itu akan dibengkokkan pada sudut 90 darjah arah yang bertentangan. |
stainless steel crown and loop maintainer | penyenggara gelung dan korona keluli nirkarat | Pergigian | Tiada | Aplians pengekal ruang untuk kawasan gigi desidus molar pertama, kedua dan kanin yang terdiri daripada gelung dan korona keluli nirkarat. Gelung dipadankan merentasi ruang hingga ke permukaan distal gigi kanin dan dipaterikan pada korona keluli nirkarat. Prosedur ini dilakukan pada model arkus pesakit. Seterusnya korona disimen pada gigi desidus molar kedua. Aplians ini dapat memastikan gigi molar kedua atau kanin tidak tersesar ke ruang molar pertama iaitu kawasan gigi pramolar untuk erupt. |
palatal crib appliance | aplians krib lelangit | Pergigian | Tiada | Aplians yang direka bagi menghalang tabiat menghisap jari. Aplians ini menghalang jari daripada diletakkan di bahagian lelangit dan mengurangkan kenikmatan jari untuk dimasukkan ke dalam mulut. Aplians ini digunakan bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai gigitan silang posterior. Aplians ini terdiri daripada gegelang yang disimen pada gigi molar pertama dan dawai arkus lingual yang dipadankan secara pasif pada permukaan palatal gigi atas yang dipateri pada gegelang tersebut. Dawai tambahan dipaterikan kepada dawai arkus lingual bagi membentuk krib untuk menghalang peletakan jari. |
core preservation | pengawetan teras | Kejuruteraan | Petroleum | Usaha menjaga atau memelihara keadaan teras supaya tidak mengalami kerosakan fizikal seperti menjadi pecah-pecah, menyerpih atau menjadi peroi setelah teras itu dikeluarkan dari cerompong teras. Kaedah pengawetan yang biasa dijalankan termasuklah menyalutkan teras itu dengan bahan plastik yang dileburkan. Apabila bahan plastik itu membeku kembali, ia akan menyalut teras dengan kuat. Cara lain mengawet teras ialah dengan menyimpan teras itu di dalam bejana yang kedap angin atau di dalam kotak aluminium yang dipaterikan. |