rotary milking parlour | parlor perusu berputar | Veterinar | Tiada | Tempat memerah susu yang berbentuk bulat dan boleh berputar. Lembu yang akan diperah susunya akan memasuki petak yang terdapat dalam ruang ini yang disediakan satu per satu dan semasa susu diperah menggunakan mesin, alat ini berputar dengan halaju tertentu. Selepas satu putaran, perahan akan tamat dan lembu tersebut akan keluar dari tempat tersebut. Kemudian, lembu lain pula akan memasuki tempat ini untuk diperah susunya. Biasanya, dalam suatu masa sebanyak sepuluh ekor lembu boleh diperah susunya secara serentak. |
palm kernel meal | mil isirung kelapa sawit | Veterinar | Tiada | Bahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah dari isirung kelapa sawit. Hampas yang berbentuk kek selepas diperah minyak dikisar supaya menjadi habuk atau mil. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit. |
palm kernel pellet | pelet isirung kelapa sawit | Veterinar | Tiada | Salah satu bahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah daripada isirung kelapa sawit. Selepas diperah minyak daripada isirung kelapa sawit, hampasnya yang berbentuk kek diproses menjadi bentuk pelet. Proses penghasilannya menggunakan acuan khas yang boleh membentuk untilan-untilan kecil bersaiz 6-12 mm diameter dan 1 cm panjang. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit. |
apple juice | jus epal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Air daripada epal yang telah dihancurkan, diperah atau dikisar. |
peanut meal/ groundnut meal | mil kacang tanah | Veterinar | Tiada | Hasil sampingan selepas minyak diperah daripada biji kacang Arachis hypogaea. Bahan ini mengandungi aras protein yang tinggi iaitu sebanyak 30-35% dan menjadi sumber protein untuk ternakan. Walau bagaimanapun, kandungan asid amino lisina dan metioninanya adalah rendah untuk menampung keperluan ternakan bukan ruminan dan perlu ditambah di dalam bancuhan makanan. Bahan ini boleh berbahaya kepada ternakan sekiranya tidak disimpan dengan sempurna kerana mudah dicemari oleh toksin seperti aflatoksin. Bahan ini juga mengandungi perencat tripsina yang boleh merencatkan pencernaan. Mil kacang tanah sesuai diberi sebagai makanan ternakan bukan ruminan pada aras 15-20%. |
coconut meal | mil kelapa | Veterinar | Tiada | Bahan yang dihasilkan daripada isirung kelapa selepas diperah minyaknya. Bahan ini sesuai dijadikan sebagai makanan haiwan ruminan. Walau bagaimanapun, bahan makanan ini tidak boleh diberi pada aras melebihi 20% kerana kandungan lemaknya yang tinggi (6-8%) dan boleh merencatkan perkembangan bakteria di dalam rumen. Bahan ini kaya dengan protein (18-20%) dan tenaga. |
bai‘ tasriyyah | jual beli tasriah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad menjual ternakan yang susunya tidak diperah selama beberapa hari. Sekiranya pembeli mengetahui hal tersebut, maka jumhur fuqaha, kecuali Mazhab Hanafi, memberikan hak khiyar kepada pembeli. |
bagasse | hampas tebu | Pertanian | Agronomi | Bahan sisa pertanian yang terhasil setelah batang tebu diperah bagi mendapatkan cecair untuk dijadikan gula. Sesebuah kilang memproses tebu biasanya menghasilkan 30 peratus hampas tebu daripada tebu segar yang diproses. Hampas tebu mempunyai pelbagai kegunaan seperti menjadi bahan bakar dalam kilang gula atau medium untuk pengeluaran cendawan. Hampas tebu juga digunakan untuk membuat kertas. |
crop remains | sisa tanaman | Pertanian | Agronomi | Baki bahan tanaman setelah tanaman dituai. Contohnya, bagi tanaman tebu, sisa tanamannya ialah hampas batang dan daun yang tinggal setelah batang tebu diperah gulanya. Bagi tanaman nanas pula, sisa tanamannya terdiri daripada kulit dan daun nanas yang tinggal setelah buah nanas dikupas untuk ditinkan. Sisa tanaman kelapa sawit termasuk hampas isirung kelapa sawit dan tandan kosong setelah minyak kelapa sawit diperah daripada buahnya. Walaupun sisa tanaman biasanya dianggap sebagai bahan buangan, sisa tanaman dapat dimanfaatkan untuk dijadikan makanan ternakan atau baja kompos. Hampas isirung kelapa sawit kini digunakan sebagai makanan ternakan ruminan secara fidlot dan dieksport sebagai makanan ternakan. |
palm kernel cake | hampas isirung kelapa sawit | Veterinar | Tiada | Bahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah daripada isirung kelapa sawit. Bahan ini berbentuk kek kesan daripada proses perah asak atau ekstraksi pelarut. Kandungan minyak bahan ini yang terhasil melalui proses perah asak ialah sebanyak 5-8%, manakala yang dihasilkan melalui ekstraksi pelarut ialah 2-4%. Selain itu, bahan ini juga mengandungi protein kasar sebanyak 18-20% dan tenaga metabolisme 10.5 MJ/kg untuk keperluan ternakan ruminan, manakala untuk ayam ialah antara 6-8 MJ/kg. Kandungan serabut dalam bahan ini pula ialah lebih kurang 17-18% dan terdiri daripada polisakarida galaktomanan. Di Malaysia, bahan ini menjadi makanan konsentrat utama untuk ternakan seperti lembu dan kambing. Untuk keperluan lembu, bahan ini boleh diberi sehingga 80% dalam rangsum makanan, tetapi sebaliknya untuk ayam dan itik hanya 15-20% sahaja. Walau bagaimanapun, bahan ini turut mengandungi 28 ppm kuprum dan merupakan aras yang tinggi yang boleh menyebabkan keracunan pada ternakan seperti biri-biri. Bahan ini |