Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperincikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
planpelanKesenianHiasan DalamanReka bentuk mendatar atau susun atur pada bahagian bangunan yang diperincikan oleh lukisan bangunan. Lukisan ini dihasilkan dalam bentuk lukisan dua dimensi daripada keratan mendatar satu meter dari aras lantai. Pelan juga menggambarkan pandangan atas sesebuah objek.
governmentkerajaanSains PolitikPolitik PerbandinganBadan, agensi atau jentera bagi unit politik dalam sesebuah negara yang dikenali juga sebagai badan eksekutif. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan autoriti atau menjalankan tugas pentadbiran seperti yang diperincikan dalam perlembagaan negara tersebut. Badan ini juga merupakan antara bahagian utama dalam konsep pemisahan kuasa pemerintahan di samping legislatif dan kehakiman. Kerajaan biasanya dianggotai oleh pemimpin yang telah memenangi pilihan raya dan melaksanakan dasar yang telah digubal oleh dewan perundangan. Badan ini bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan serta menentukan dasar yang boleh membawa kepada pembangunan negara. Kerajaan ini boleh berubah sekiranya kumpulan atau parti yang memerintah tewas kepada parti lain dalam pilihan raya. Lihat juga pemerintah.
intended strategystrategi terhasratPengurusanPerancanganStrategi jangka panjang dan menyeluruh yang dirancang dengan teratur dan mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Strategi ini adalah berbentuk proaktif dan lazimnya diperincikan dalam pelan strategik organisasi. Strategi terhasrat boleh dilengkapkan dengan rancangan tindakan yang tersusun. Contohnya, Rancangan Malaysia yang dibangunkan setiap lima tahun, hasil daripada penglibatan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), dan kumpulan komuniti masyarakat yang berkenaan. Sinonim strategi terancang. Lihat juga rancangan tindakan.
contract analysisanalisis kontrakHerbaPeraturan dan PemasaranPengujian terhadap bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba yang dilaksanakan berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang antara pemberi kontrak dengan penerima kontrak. Ujian yang dilakukan perlu diperincikan dengan betul, dipersetujui dan dikawal untuk mengelakkan salah faham yang boleh menyebabkan kualiti ujian tidak memuaskan. Penerima kontrak harus menyatakan dengan jelas tentang pegawai yang diberi kuasa dan bertanggungjawab melaksanakan ujian tersebut.
confirmation of resultpengesahan keputusanPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan yang diambil bagi meluluskan sesuatu ketetapan yang telah dibuat. Pengesahan keputusan biasanya melibatkan pihak pengurusan atasan dalam memastikan segala tindakan adalah berdasarkan peraturan, prosedur yang betul dan undang-undang yang ditetapkan. Sebelum sesuatu keputusan itu disahkan, laporan terperinci perlu disediakan dan impak atau risiko akan diteliti bagi mengelakkan wujudnya sebarang masalah yang tidak diingini. Tindakan ini boleh dicapai melalui perbincangan, mesyuarat jabatan atau arahan daripada pihak atasan. Contohnya, ketetapan untuk menggantung pekerjaan seseorang kakitangan yang melakukan kesalahan akan diperincikan secara menyeluruh bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan sebelum keputusan itu disahkan.


Kembali ke atas