prediction/ forecast | ramalan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT. |
putative gene | gen andaian | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Gen yang diramalkan mempunyai fungsi yang sama dengan homolognya, tetapi tiada bukti eksperimen untuk menyokong ramalan fungsi tersebut. |
random signal | isyarat rawak | Sosiologi | Tiada | Isyarat yang tidak dapat diramalkan. |
predictability | kebolehramalan | Sejarah | Tiada | Keupayaan seorang atau keadaan sesuatu yang boleh diramalkan apa yang akan berlaku seterusnya. |
nuclear evaporation | penyejatan nukleus | Kejuruteraan | Tiada | Sesaran neutron disebabkan pengocakan haba seperti diramalkan berlaku di dalam model nukleus statik oleh Bohr dan Frenkel. |
hypothetical taxonomic unit | unit taksonomi jangkaan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Leluhur organisma yang diramalkan dan diwakilkan dalam bentuk nod dalaman. |
accidental exposure | dedahan tak sengaja | Kejuruteraan | Sains Nuklear | Dedahan tak normal yang tak diramalkan. |
crop forecast | ramalan hasil tanaman | Pertanian | Agronomi | Jangkaan hasil tanaman yang diperoleh dalam sesebuah kawasan bagi sesuatu musim. Kaedah jangkaan ini berdasarkan ramalan keadaan cuaca, terutamanya jumlah hujan dan musim kemarau. Sekiranya diramalkan berlaku musim kemarau yang panjang, iaitu apabila dijangka berlaku fenomena El Nino pada sesuatu tahun, hasil tanaman akan diramalkan turun sehingga 20 peratus. Bagi tanaman saka seperti kelapa sawit, sekiranya berlaku kemarau pada tahun ini, ramalan hasil tanaman kelapa sawit pada tahun depan akan diturunkan kerana hasil kelapa sawit dipengaruhi oleh keadaan cuaca yang berlaku semasa bunga baru muncul, iaitu 9 bulan sebelum buah dapat dituai. |
test case specification | spesifikasi kes ujian | Teknologi Maklumat | Tiada | Dokumen yang menghuraikan tentang input, hasil yang diramalkan dan satu set syarat pelaksanaan satu ujian. |
growth horizon | ufuk pertumbuhan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jarak masa pertumbuhan kadar perolehan atau dividen untuk saham tertentu boleh diramalkan dengan darjah ketepatan yang boleh diterima. |