values | nilai | Pentadbiran | Tiada | Konsep pendapat yang bersifat nyata dan berselindung untuk menerangkan tentang apa yang disukai, dan tidak disukai oleh seseorang ataupun kumpulan terhadap sesuatu benda, kerja dan sebagainya. |
mass taste | citarasa rendah | Komunikasi | Tiada | Kecenderungan untuk menghayati sesuatu yang disukai oleh sejumlah besar golongan biasa. Contohnya, keinginan untuk menikmat muzik dan permainan yang mudah di peroleh di mana sahaja. |
cognitive style | gaya kognitif | Pendidikan | Tiada | Gaya atau cara pembelajaran yang disukai oleh seseorang. |
honeydew | madu serangga | Biologi | Entomologi | Rembesan manis yang dikeluarkan oleh afid, yang disukai semut. |
shift differential | beza syif | Pentadbiran | Tiada | Syif bekerja yang dilakukan pada masa yang tidak diingini atau tidak disukai oleh pekerja, dan pekerja akan diberikan ganjaran yang lebih. |
consumer choice | pilihan pengguna | Sosiologi | Tiada | Hak, kebebasan atau peluang untuk menentukan barangan, perkhidmatan atau ciri kedua-duanya yang disukai dan dikehendaki oleh pengguna. |
preferential voting | pengundian keutamaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka. |
escape extinction | penghapusan lepas diri | Psikologi | Tiada | Prosedur yang digunakan untuk merawat tingkah laku individu terutamanya kanak-kanak yang sering mengelak dari melakukan sesuatu yang tidak disukai. |
mal | harta | Perniagaan Islam | Tiada | Produk barangan, faedah dan perkhidmatan atau hak dan pemilikan yang mempunyai nilai. Harta merupakan kepentingan manusia, boleh dimiliki, serta diuruskan secara bebas. Dalam mazhab Hanafi, mal ialah suatu yang disukai atau diingini oleh manusia dan boleh disimpan untuk keperluan. Terdapat pelbagai jenis harta seperti mal mutaqawwam, mal ghayr mutaqawwam, mal mithli, mal qimi, mal ‘aqar, mal manqul, mal isti‘mali, mal istihlaki, mal ‘ain dan mal dayn. |
blueprinting | proses blueprint | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses mencetak semula lukisan asal. Proses ini membolehkan pelukis pelan yang menghasilkan pelan, lukisan terperinci dan semua jenis lukisan yang dilukis di atas kertas surih menghasilkan seberapa banyak kepingan lukisan yang disukai untuk kegunaan pembinaan. Lukisan asal disimpan di suatu tempat yang terkawal bagi menjaga kualiti, memudahkan rujukan atau membuat pembetulan. |