Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditajamkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carbon steelkeluli karbonPerubatanTiadaAloi karbon dan besi untuk membuat peralatan pergigian kerana sifatnya yang kuat dan boleh diasah dan ditajamkan.
bark graftingcantuman kulitPertanianAgronomi

Kaedah cantuman yang dilakukan dengan menyelitkan sion di antara kulit pokok penanti dengan kayunya. Bahagian bawah sion ditajamkan dan sebahagian kecil kulit pokok penanti diumpil dengan pisau cantuman supaya sion dapat diselitkan. Untuk mengukuhkan cantuman ini paku kecil boleh digunakan untuk melekatkan semula kulit pokok penanti. Kaedah cantuman kulit digunakan untuk memulihkan pokok yang sudah tua tanpa menanam benih baru.

bark graftingcantuman kulitPertanianAgronomi

Kaedah cantuman yang dilakukan dengan menyelitkan sion di antara kulit pokok penanti dengan kayunya. Bahagian bawah sion ditajamkan dan sebahagian kecil  kulit pokok penanti diumpil dengan pisau cantuman supaya sion dapat diselitkan. Untuk mengukuhkan cantuman, paku kecil boleh digunakan untuk melekatkan semula kulit pokok penanti. Cantuman kulit digunakan untuk memulihkan pokok yang sudah tua tanpa perlu menanam benih baru.

awlpenebukArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang digunakan untuk membuat lubang pada kulit kayu, kulit binatang atau batu. Alat ini diperbuat daripada tulang binatang kayu atau buluh. Alatan tulang yang dijadikan sebagai penebuk lubang ditajamkan pada bahagian hujungnya manakala bahagian belakangnya dibuat tempat pemegang. Alat penebuk lubang daripada kayu atau buluh digunakan untuk menebuk lubang pada bahagian tengah gelang batu Zaman Neolitik. Caranya dengan memutar penebuk ke atas permukaan belang batu dengan menggunakan sedikit pasir. Alat ini ditemui di Gua Cha (Kelantan) manakala alat penebuk daripada tulang ditemui di Gua Niah (Sarawak ), Gua Bintong (Perlis) dan Gua Teluk Kelawar (Perak).
Cleft graftingCantuman bajiPertanianAgronomi

Kaedah mencantumkan pokok penanti yang matang dengan sion yang lebih muda. Pokok penanti terlebih dahulu dipotong bersih dan dibelah di tengah batang sehingga 10 cm dalam. Dahan pokok sion dipotong dan ditajamkan di bahagian bawah. Satu pokok penanti boleh dicantumkan dengan dua atau lebih dahan sion. Bahagian cantuman kemudiannya ditutupi lilin untuk mengelakkan cantuman kehilangan air.

chertbatu chertArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBatuan silika keras yang mengandungi silika opal atau kalsedoni. Batu chert mempunyai bentuk yang seakan-akan bersinar dan amat sesuai digunakan sebagai alat batu repih. Repihan yang lebih kecil pula dikenali sebagai mikrolit dan boleh digunakan sebagai alat memotong. Batu ini sangat keras dan bahagian hujungnya boleh ditajamkan. Contohnya, alat batu dari tapak Poleolitik Akhir di Lembah Tingkayu (Sabah) yang berkembang sekitar 20 000 tahun dahulu. Batu chert juga dikenali sebagai batu rijang.

Kembali ke atas