Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditambah

Puisi
 

Jangan dijeruk asam belimbing,
     Kalau tak masin ditambah garam;
Jangan ditengok di luar dinding,
     Kalau sudi masuk ke dalam.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Percakapan sejengkal dibawa sehasta.

Bermaksud :

Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adulterated foodmakanan tak tulenMakanan dan PemakananMakananMakanan yang ditambah atau diganti dengan bahan yang lebih murah dan rendah kualitinya. Bahan ini digunakan untuk menggantikan sebahagian besar ramuan yang lebih bernilai dalam makanan tersebut. Contoh makanan tak tulen ialah jus oren yang ditambah air, madu yang ditambah gula dan rempah yang ditambah tepung kanji.
value-added taxcukai nilai ditambahEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap tambahan nilai sesuatu barang yang berlaku dalam proses pengeluaran. Cukai nilai ditambah dikenakan pada tiap-tiap peringkat pengeluaran dan pengedaran. Jika kadar cukai adalah malar pada tiap-tiap peringkat, maka jumlah cukai yang dikutip adalah sama dengan cukai jualan pada output akhir.
mineralised saltgaram dimineralkanVeterinarTiadaGaram inorganik yang ditambah dengan mineral lain dan diberi makan kepada ternakan. Mineral yang ditambah bertujuan untuk mengatasi kekurangan bahan tersebut. Contohnya penambahan iodin, kobalt, kalsium dan besi.
bubble teateh mutiaraMakanan dan PemakananTiadaSejenis minuman berasaskan teh yang ditambah dengan susu atau dimaniskan mengikut cita rasa tertentu sebelum ditambah bebola kecil kanji ubi, jeli buah, cincau, agar-agar dan puding.
bubble teateh mutiaraMakanan dan PemakananTiadaSejenis minuman berasaskan teh yang ditambah dengan susu atau dimaniskan mengikut cita rasa tertentu sebelum ditambah bebola kecil kanji ubi, jeli buah, cincau, agar-agar dan puding.
preservativepengawetVeterinarTiadaBahan atau sebatian yang ditambah ke dalam produk makanan untuk menghalang kerosakan, mengekalkan kualiti dan memanjangkan tempoh penyimpanannya. Dalam pembuatan hay atau rumput kering, bahan pengawet seperti ammonia akan ditambah ke dalam rumput yang agak lembab. Bagi pembuatan silaj pula, beberapa jenis bahan pengawet digunakan seperti asid benzoik, asid formik, asid propionik dan natrium bisufit.
enriched margarinemajerin yang diperkayaMakanan dan PemakananMakananMarjerin yang ditambah dengan nutrien seperti vitamin A, D, E dan K atau asid lemak omega 3. Marjerin yang diperkaya boleh juga ditambah dengan sterol dan stanol.
enriched fuelbahan api diperkayaFizikAtom dan NuklearBahan api yang jumlah 1 atau lebih isotopnya ditambah melebihi jumlah yang asli, seperti bahan uranium. Kelimpahan 235U ditambah melebihi kadar keadaan aslinya, iaitu daripada paras 0.7% kepada 3.5% atau lebih.
inverse of an operationsongsangan operasiMatematikTiadaOperasi yang dapat membatalkan kesan sesuatu operasi. Misalnya, apabila nombor n ditambah a lalu ditolak a, hasilnya masih n; begitu juga sesuatu yang ditolak a lalu ditambah a. Maka operasi tolak ialah songsangan bagi operasi tambah dan sebaliknya. Sinonim operasi songsang.
sweetened condensed milksusu pekat manisMakanan dan PemakananTeknologi MakananSusu yang telah dipekatkan atau disingkir sebahagian airnya melalui penyejatan dan kemudian ditambah gula. Susu ini diproses seperti susu sejat, tetapi tidak dihomogenkan atau disteril kerana kesan pengawetan oleh gula yang ditambah.
12345678910...

Kembali ke atas