crankcase breather | pengudara kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tiub atau saluran yang membolehkan tekanan kotak engkol yang berlebihan dilepaskan. Sistem ini kemudiannya ditambah baik dengan membentuk sistem pengalihudaraan kotak engkol. |
screencast | rakam-siar skrin | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Teknik rakaman digital dan output skrin komputer yang merakam segala perubahan pada skrin dalam jangka masa tertentu yang ditambah baik dengan pengisahan audio untuk tujuan siaran pengajaran dan pembelajaran. |
data acquisition system (DAS) | sistem pemerolehan data (DAS) | Teknologi Maklumat | Perisian | Sistem yang direka untuk mengukur dan merekod log beberapa parameter pemerolehan data. Tujuan sistem ini secara umumnya adalah untuk menganalisis data log supaya pengukuran objek dapat ditambah baik. Sistem ini terdiri daripada perkakasan dan perisian. Komponen perkakasan terdiri daripada penggera, kabel dan komponen elektronik seperti ingatan untuk menyimpan maklumat. Perisian pula dibina berdasarkan logik pemerolehan data dan teknik analisis yang digunakan untuk tujuan konfigurasi logik serta pemindahan data daripada ingatan pemerolehan data ke komputer riba atau kerangka utama. Contohnya, pengelogan data yang digunakan dalam DAS boleh digunakan bagi mengukur parameter seperti suhu dan kelembapan dalam satu kemudahan storan yang mengandungi produk yang cepat lusuh. Data ini kemudiannya dianalisis untuk meningkatkan jaminan kualiti. Contoh lain, DAS boleh diletakkan pada kereta lumba untuk mengukur RPM dan kelajuan kereta untuk dianalisis supaya prestasi kereta dapat ditingkatkan. |
clients charter | piagam pelanggan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penyataan komitmen secara bertulis atau satu jaminan yang diberikan oleh sesebuah jabatan atau organisasi terhadap produk atau perkhidmatan untuk pelanggannya mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Piagam pelanggan biasanya menyatakan kesediaan perkhidmatan yang ditawarkan, layanan mesra yang diberikan, kecekapan pemprosesan yang dilaksanakan dan nilai-nilai kesopanan di dalam budaya kerja. Piagam ini perlu dipamerkan di tempat yang strategik di pejabat dan disebarkan untuk pengetahuan umum. Piagam Pelanggan harus mempunyai ciri-ciri yang jelas, khusus atau spesifik, kebolehpercayaan, senang disebar, praktikal dan boleh ditambah baik. Piagam Pelanggan ini terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA Bil. 3 Tahun 1993). Antara faedah utama piagam pelanggan ialah untuk melahirkan kakitangan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia meningkatkan akauntabiliti serta memberi petunjuk prestasi spesifik dalam membuat sesuatu penilaian. |
prebiotic | prebiotik | Veterinar | Tiada | Bahan bukan mikrob yang ditambah di dalam makanan, tetapi pada masa yang sama boleh menggalakkan pertumbuhan mikrob terpilih di dalam saluran pencernaan. Bahan ini juga boleh memberi manfaat kepada keseimbangan mikrob yang baik yang boleh meningkatkan penyerapan dan penggunaan nutrien. Contoh bahan ini ialah manan oligosakarida (MOS). |
dough improver | penaik doh | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Aditif yang ditambah ke dalam tepung bagi mempercepat proses pematangan semula jadi tepung semasa penyimpanan untuk meningkatkan mutu pembakarannya. Bahan ini mengubahsuai sifat-sifat fizikal gluten supaya mempunyai sifat pengendalian yang lebih baik dan tolenrasi yang lebih tinggi semasa penapaian serta menghasilkan buku roti yang lebih besar dan bertekstur halus. Contoh, klorin dioksida dan kalium bromat. |
aziridine | aziridina | Kejuruteraan | Polimer | Merujuk sebatian 2 (1-aziridinil) etil metakrilat, iaitu monomer vinil yang ditambah kepada monomer lain bagi menggalakan perekatan selaput kepada polimer. Kuantiti sebanyak 0.5 hingga 2.0% monomer ini sudah memadai untuk mendapatkan perekatan selaput yang baik. |
Z object publishing environment (Zope) | persekitaran penerbitan objek Z (Zope) | Teknologi Maklumat | Tiada | Pembina tapak web dan pelayan aplikasi yang menggunakan idea bahawa ia menghidang (atau menerbitkan) objek dan tidak terhad hanya kepada penyediaan kandungan untuk ditambah kepada laman web. Perisian Zope adalah percuma dan menggunakan kod sumber terbuka. Pengatur cara Zope menganggap Zope sebagai "perisian penerbitan objek". Zope dicipta oleh Digital Creations dan digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat, suratkhabar Amerika Syarikat dan banyak syarikat laman web. Perisian ini ditulis dalam bahasa pengaturcaraan berorientasi objek, Pyton yang serupa dengan Java dengan sebahagian kecilnya ditulis dalam C untuk prestasi yang lebih baik. Zope dapat dilaksanakan pada semua platform sistem pengendalian yang utama. |
silage | silaj | Veterinar | Tiada | Bahan tanaman segar yang diperam untuk kegunaan pada musim kekurangan makanan seperti kemarau dan banjir. Bahan tanaman dipotong pada saiz tertentu dan disimpan dalam ruang kedap udara dan dimampatkan bagi mewujudkan keadaan anaerobik. Pada mulanya, sel-sel bahan tanaman akan mengalami proses respirasi yang menghasilkan asid laktik dan haba. Proses fermentasi seterusnya dilaksanakan oleh bakteria anaerobik sehingga menjadi stabil pada pH 4-4.5. Keadaan ini diperoleh selepas 21 hari bahan tanaman diperam. Sesetengah bahan tanaman yang kurang mengandungi karbohidrat terlarut perlu ditambah dengan sumber karbohidrat mudah larut seperti molases, dedak padi dan ubi kayu untuk menghasilkan silaj yang baik. Bahan ini akan kekal dan tidak menjadi busuk atau reput selagi tidak terdedah kepada udara. Silaj biasanya dibuat di dalam bekas atau silo yang tertutup supaya udara tidak boleh keluar masuk. Bahan-bahan tanaman yang boleh dijadikan silaj ialah seperti rumput, pelepah kelapa sawit, tanaman jagung dan kenaf. |