post calving nutrition | pemakanan lepas beranak | Veterinar | Tiada | Pemberian makanan kepada ternakan selepas beranak. Dalam sistem pemakanan bagi lembu tenusu, kualiti dan jumlah makanan perlu ditingkatkan supaya nutrien dapat diperoleh dengan cukup dan seimbang. Selain itu, pemberian kalsium juga perlu ditingkatkan untuk menambahkan pengeluaran susu. Biasanya, natrium karbonat perlu ditambah sebanyak 0.5% hingga 1% ke dalam makanan ternakan tersebut bagi tujuan mengelakkan asidosis. |
alkaline diuresis | diuresis alkali | Perubatan | Tiada | Proses mengalkalikan dan meningkatkan pembuangan urin. Proses ini digunakan dalam rawatan keracunan bahan yang bersifat asid lemah seperti asid salisilat, barbiturat dan herbisid klorofenoksi. Isi padu urin ditingkatkan dengan pemberian cecair intravena yang banyak, manakala pH urin ditingkatkan kepada pH 7.5 hingga pH 8 dengan pemberian natrium bikarbonat atau ubat Acetazolamide. Antara kesan sampingan diuresis alkali ialah alkalosis metabolik dan peningkatan isi padu cecair badan. |
washability | kebolehcucian | Kejuruteraan | Tiada | Keupayaan batu arang ditingkatkan kualitinya melalui pencucian. |
صحيح لغيره | ṣaḥīḥ lighayrihi | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth ḥasan lidhātihi yang ditingkatkan ke darjat ṣaḥīḥ melalui sanad yang lain yang sama atau lebih kuat. |
back drop | cabang jatuh | Alam Bina | Tiada | Cabang saliran dalam lurang yang ditingkatkan lebih tinggi daripada saliran utama untuk mencetekkan lurang. |
quick-stop | pemberhentian cepat | Biologi | Genetik | Penamatan pereplikaan dengan serta-merta apabila suhu ditingkatkan ke-42�C dalam mutan DNA E. coli. |
inverted solubility | kelarutan songsang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kelarutan bahan yang menurun apabila suhu ditingkatkan. |
progressive JPEG | JPEG progresif | Teknologi Maklumat | Tiada | Spesifikasi fail grafik JPEG yang telah ditambah/ditingkatkan dan setara dengan GIF selang-seli. Paparan imej JPEG progresif beransur-ansur meresap jelma pada pelayar Web. Paparan imej semakin bertambah jelas sehingga keseluruhan fail selesai dimuat turun. Jenis grafik ini sesuai digunakan untuk menghantar imej dengan menggunakan modem (kelajuan rendah). |
Production level video (PLV) | Video tahap pengeluaran (PLV) | Teknologi Maklumat | Tiada | Video yang telah ditingkatkan kualiti dan warna imej dengan menggunakan algoritma pemampatan asimetrik. Lihat pemampatan asimetrik. |
dilatant flow | aliran dilatan | Farmasi | Farmaseutik | Ciri sistem ampaian yang meningkat kelikatannya apabila tegasan ricih ditingkatkan. |