cut away | potong alih | Komunikasi | Tiada | Kaedah penyuntingan yang mengalihkan perhatian khalayak kepada tangkapan lain daripada adegan yang sedang ditonton. Tangkapan ini mempunyai kaitan makna dengan adegan utama yang sedang ditonton. Contohnya, semasa rancangan wawancara, perhatian khalayak boleh dialihkan dalam bentuk tangkapan reaksi atau visual mengenai perkara yang diperkatakan oleh orang yang diwawancara. |
hypercritical | hiperkritis | Komunikasi | Tiada | Sikap yang keterlaluan semasa mengkritik terhadap apa sahaja bahan yang dibaca, ditonton, didengar dan sebagainya. |
tape player | pemain pita | Komunikasi | Tiada | Alat yang digunakan untuk memainkan semula pita video supaya dapat ditonton. |
video recording | rakaman video | Sukan | Tiada | 2. Rakaman yang dibuat melalui perakam video yang bertujuan untuk ditonton bagi mengkaji gerak laku peserta. |
make-up tutorial | tutorial solek | Kesenian | Tiada | Pengajaran tentang cara bersolek atau menggunakan produk kecantikan yang boleh ditonton melalui rakaman video atau secara langsung di media sosial. Tutorial solek biasanya dilakukan oleh artis atau pempengaruh kecantikan. |
make-up tutorial | tutorial solek | Kesenian | Tiada | Pengajaran tentang cara bersolek atau menggunakan produk kecantikan yang boleh ditonton melalui rakaman video atau secara langsung di media sosial. Tutorial solek biasanya dilakukan oleh artis atau pempengaruh kecantikan. |
inherited audience | khalayak lajak | Komunikasi | Tiada | Khalayak yang kekal menonton sesebuah rancangan lain yang disiarkan walaupun rancangan yang ditonton sebelumnya telah pun tamat. |
webisode | webisod | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Rancangan televisyen, video dan lain-lain yang ditayangkan secara berepisod, yang hanya dapat ditonton secara dalam talian. |
dramatic irony | ironi dramatik | Kesenian | Drama dan Teater | Aksi atau perkataan yang mempunyai makna terselindung yang disedari oleh penonton, tetapi tidak disedari oleh watak dalam drama. Aksi ini menimbulkan kesan dramatik yang lebih menarik untuk ditonton atau dihayati. |
circle of attention | lingkaran perhatian | Kesenian | Drama dan Teater | Lingkaran imaginasi yang dibentuk oleh seseorang pelakon di sekeliling dirinya untuk memisahkan dirinya daripada sebarang gangguan seperti batuk, perbualan dan pergerakan penonton untuk memperoleh penghayatan sepenuhnya terhadap watak yang dibawa. Sekiranya pelakon berjaya membentuk realiti imaginatif sepenuhnya dalam lingkaran tersebut, penonton akan mendapat kesan yang meyakinkan terhadap drama yang ditonton. |