Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditoreh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calluskalusHerbaFitokimiaTisu yang terbentuk pada permukaan tumbuhan yang ditoreh atau tercedera. Dalam proses kultur tisu, bahagian tertentu tumbuhan diambil lalu ditoreh dan diletakkan dalam medium pengkulturan berzat untuk menghasilkan sel baru yang bertompok. Lihat juga kultur tisu.
bark renewalpemulihan kulitPertanianAgronomi

Penggantian kulit yang telah ditoreh dengan kulit baru. Proses ini berlaku hasil pembahagian sel kambium menjadi sel kulit setelah matang. Kulit yang telah pulih boleh ditoreh semula setelah cukup tebal dalam masa lima tahun selepas pusingan torehan pertama.

bark allowancehad torehanPertanianAgronomi

Lebar kulit pokok getah yang dibenarkan untuk ditoreh dalam beberapa pusingan torehan pada satu jangka waktu. Contohnya, dalam satu bulan penoreh dihadkan menoreh 2.5 cm kulit sekiranya pokok ditoreh selang sehari. Penorehan yang melebihi had torehan akan membazirkan penggunaan kulit pokok.

rest periodtempoh rehatPertanianAgronomi

 Masa yang diperlukan untuk menjalankan proses pemulihan sel. Contohnya, tempoh rehat tanaman pada kulit getah yang telah ditoreh ialah 2 hari. Selepas tempoh rehat tersebut, getah boleh ditoreh semula. Sekiranya tempoh rehat tidak mencukupi, pokok tersebut akan mengalami kekeringan.

bark damagekerosakan kulitPertanianAgronomi

Keadaan yang berlaku apabila torehan kulit pokok getah dibuat terlalu dalam sehingga mencederakan lapisan kambium. Sekiranya kambium rosak, kulit pokok tidak dapat diperbaharui. Sebaliknya, jika torehan dibuat dengan baik, kulit yang ditoreh akan diperbaharui oleh lapisan kambium dan pusingan torehan boleh diulang beberapa kali.

intercroppingtanaman selinganPertanianAgroteknologiTanaman yang ditanam bersama-sama tanaman lain sebagai sampingan. Amalan penananam ini dilakukan dalam satu kawasan secara berselang-seli. Tujuan amalan penanaman ini adalah untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih tinggi selain dapat menggunakan kawasan tanah secara optimum. Contoh tanaman selingan di Malaysia ialah penanaman koko bersama-sama kelapa. Kombinasi ini dapat memberikan manfaat kepada koko kerana pokok kelapa dapat memberikan perlindungan kepada koko yang lebih memerlukan keadaan yang bernaung. Contoh lain termasuklah tanaman getah bersama-sama pisang. Tanaman pisang boleh memberikan hasil kepada penanam sementara menunggu getah dapat ditoreh. Tanaman selingan juga dapat mengurangkan risiko perosak dan jangkitan penyakit disebabkan terdapat lebih daripada satu jenis tanaman yang mempunyai musuh-musuh yang berlainan.

Kembali ke atas