dominant | dominan | Perubatan | Tiada | Sifat yang lebih kuat pengaruhnya, yang diwarisi daripada salah seorang ibu bapa. Sifat berkenaan menutupi sifat yang satu lagi yang diwarisi daripada ibu/bapa, dan dengan demikian menjadi lebih ketara pada individu tersebut. Bdg. resesif. |
linkage | rangkaian | Sains Forensik | Tiada | Fenomena apabila dua atau lebih penanda genetik (lokuslokus) yang terletak pada kromosom yang sama diwarisi sebagai satu unit. Semakin dekat dua penanda genetik, semakin rendah kebarangkalian ia dipisahkan semasa proses replikasi, dan oleh itu semakin tinggi kebarangkalian untuk diwarisi bersama-sama. Maklumat ini penting dalam penaksiran statistik bagi penanda genetik yang dipilih dalam pengujian DNA forensik. |
mutation | mutasi | Bioteknologi | Tiada | Perubahan struktur DNA atau bilangan gen dalam kromosom sel, yang mengakibatkan ciri-ciri tidak normal diekspresikan. Mutasi boleh disebabkan oleh mutagen. Mutasi yang berlaku pada sel soma tidak boleh diwarisi, tetapi mutasi pada sel gamet akan diwarisi oleh sel anak. Mutasi dapat berlaku pada peringkat gen atau kromosom. |
ascribed status | status diwarisi | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
galactosemia | galaktosemia | Biologi | Genetik | Penyakit yang diwarisi secara autosom resesif dalam manusia pada gen di lengan pendek kromosom 9; homozigot akan mempunyai pengurangan kongenital enzim galaktosil-1- fosfat uridil-transferase yang mengakibatkan pengumpulan galaktose-1-fosfat dalam tisu. Kesan penyakit ini ialah pembesaran limpa dan hati, katarak serta kecacatan mental. |
albinism | albinisme | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang diwarisi melalui gen resesif yang dicirikan dengan ketiadaan pigmen melanin pada kulit, mata dan rambut sejak lahir. Keadaan ini disebabkan ketiadaan tirosinase, iaitu enzim yang terlibat dalam menghasilkan melanin. |
choroideremia | koroideremia | Perubatan | Tiada | Kemerosotan koroid yang diwarisi sebagai trait terangkai X. |
polyclone | poliklon | Pertanian | Agronomi | Klon yang diwarisi daripada beberapa kacukan yang mempunyai gen daripada pelbagai sumber. |
afibrinogenemia | afibrinogenemia | Biologi | Genetik | Penyakit terwaris yang diwarisi melalui gen autosom. Penyakit ini dikaitkan dengan pembekuan darah akibat ketidakupayaan mensintesis fibrinogen. |
instinct | naluri | Biologi | Ekologi | Lakuan kompleks yang diwarisi oleh sesuatu organisma. Misalnya, lakuan berenang pada anak itik yang baru menetas. |