Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ku] | دوکو

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya spt langsat tetapi kulitnya lebih tebal), Lansium domesticum; ~ langsat buah drpd pokok hasil cantuman pokok duku dan langsat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ku] | دوکو

Definisi : bp = menduku mengetuk kepala dgn buku jari, meluku, menyekeh: dia ~ kepala adiknya kerana tidak tahu mengeja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ku] | دوکو

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya seakan-akan buah langsat), Lansium domesticum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[du.ku] | دوکو

Definisi : ; menduku mengetuk kepala dgn buku jari; menyekeh; meluku: Dia dimarahi kerana telah ~ kepala adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duku

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
langsatlangsatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Lansium spp. daripada famili Meliaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah duku. Spesies utama ialah Lansium domesticum yang penting sebagai sumber buah-buah tempatan, seperti duku dan langsat. Gubal kayunya langsat berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna kuning atau kuning jingga. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata keranan mengangungi sel parenkima, dan iranya biasanya bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 1040 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras hingga sangat keras dan berat hingga sangat berat. Kegunaan utamanya ialah hulu peralatan dan tiang pagar.
protected budmata tunas terlindungPertanianAgronomi

Mata tunas yang tidak kelihatan pada mata kasar  kerana dilindungi oleh  kulit dahan atau batang. Sebaliknya, yang kelihatan ialah bengkakan pada lokasi mata tunas yang menandakan pucuk baru akan keluar. Contohnya, mata tunas pada famili Lansium seperti dokong, langsat, dan duku


Kembali ke atas