electrochemical cell nanotube | nanotiub sel elektrokimia | Fizik | Nanoteknologi | Sel elektrokimia yang menggunakan nanotiub karbon sebagai elektrod. Sel ini disediakan melalui pertumbuhan hablur nanotiub karbon yang mempunyai ketulenan yang tinggi dan julat diameter yang sempit. |
electrochemistry | elektrokimia | Kimia | Tiada | Cabang kimia yang berkaitan dengan perhubungan antara keelektrikan dan tindak balas kimia. Elektrokimia merangkumi tindak balas kimia spontan, pengelektrosaduran, sains bateri dan pengakisan logam. |
electrochemical equivalent | kesetaraan elektrokimia | Kimia | Tiada | Kuantiti bahan yang terhasil atau digunakan apabila 1 mol elektron dilalukan melalui sel elektrokimia. |
scanning electrochemical microscopy (SECM) | mikroskopi pengimbasan elektrokimia (SECM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah yang digunakan untuk mengukur tingkah laku elektrokimia setempat bagi antara muka cecair-cecair, cecair-pepejal dan cecair-gas. |
concentration cell | sel kepekatan | Kimia | Kimia Analisis | 1. Sel elektrokimia untuk mengukur keupayaan kepekatan ion yang keupayaan daya gerak elektrik elektrod yang terhasil merupakan perbezaan daya gerak elektrik antara sel yang diketahui kepekatannya dengan sel yang tidak diketahui kepekatannya. 2. Sel elektrokimia yang daya gerak elektriknya terhasil akibat daripada perbezaan kepekatan elektrolit pada anod dan katod yang sama. |
fuel cell | sel bahan api | Fizik | Nanoteknologi | Alat yang mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik melalui tindak balas elektrokimia. Alat ini terdiri daripada sepasang elektrod yang perlu direndam di dalam elektrolit tetapi diasingkan dengan kertas karbon atau membran yang dapat mengalirkan ion di antara elektrod bagi melengkapkan proses elektrokimia. Bahan bakar yang digunakan seperti hidrogen atau hidrazina akan dibekalkan secara berterusan kepada anod yang akan teroksida untuk menghasilkan ion hidrogen dan elektron. Pengoksida seperti oksigen daripada udara pula akan dibekalkan kepada katod, sehingga ion hidrogen dari anod akan menyerap elektron dari katod dan bertindak balas dengan oksigen bagi menghasilkan air. Elektrod biasanya diperbuat daripada logam, nikel atau nanotiub karbon yang disalut dengan platinum, nanoserbuk besi atau paladium bagi meningkatkan kecekapan. Elektrolit pula adalah daripada bahan seramik atau membran. |
electrochemical | elektrokimia | Fizik | Tiada | Tiada |
electrochemical | elektrokimia | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
electrochemistry | elektrokimia | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
electrochemistry | elektrokimia | Perubatan | Tiada | Tiada |