antifungal agent | agen antikulat | Biologi | Patologi | Bahan yang boleh membunuh atau merencatkan kulat dalam erti kata yang sangat luas. Dalam hal ini agen bermaksud fungisid, dan juga bahan lain yang dihasilkan oleh organisma lain atau perumah dalam jumlah yang kecil. Fitoaleksin dan sebatian fenol ialah di antara beberapa contoh agen antikulat. |
uncommitted voter | pengundi tidak terikat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengundi atau pemilih yang tidak mengaku menyokong mana-mana parti politik. Dalam erti kata lain, identifikasi politik tidak wujud. Pengundi seperti ini akan membuat pemilihan hanya di saat akhir iaitu semasa hari mengundi. Pengundian juga boleh berubah kepada calon atau parti lain semasa penggal akan datang. Pengundi jenis ini biasanya tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh dengan kempen dan propaganda menjelang pilihan raya. Pengundi tidak terikat ini kebanyakannya terdapat di negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti di Australia dan New Zealand. |
semantic | semantik | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu mengenai makna atau erti kata. Semantik boleh juga diertikan sebagai kajian makna perkataan atau ungkapan linguistik. Pengajian semantik berlaku pada semua peringkat bahasa daripada bunyi hingga wacana. Pada peringkat kata, pengajian biasanya dikenali sebagai semantik leksikal dan pada peringkat wacana dikenali sebagai semantik wacana. |
action oriented | berorientasikan tindakan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk orientasi yang bukan sekadar bersifat tingkah laku semata-mata, tetapi lebih menggambarkan atau menjelaskan matlamat sebenar tujuan tindakan itu diambil. Dalam amalan pentadbiran sesebuah institusi atau kerajaan, orientasi ini merupakan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, setiap tindakan yang diambil bermotifkan untuk mencapai sasaran dan juga visi tertentu. Contohnya, Dasar Pandang ke Timur merupakan satu dasar yang berorientasikan tindakan. |
Aligned Nations | Negara-Negara Bersekutu | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pakatan sementara yang dibentuk oleh beberapa negara yang mempunyai matlamat yang hampir sama dan sejajar. Pakatan ini terbentuk apabila wujud ancaman terhadap kepentingan bersama. Selain itu, pakatan ini juga bersifat semikonkrit apabila tidak wujud satu dasar yang kukuh mengikat anggota ini. Dalam erti kata lain, pakatan ini tidak memiliki satu bentuk struktur organisasi atau tadbir urus yang jelas. Contohnya, Pihak Bersekutu sewaktu Perang Dunia Kedua yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis. |
sustainable development | pembangunan mampan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha pembangunan menyeluruh dan bersepadu yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kehidupan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan mampan mencakupi pembangunan fizikal, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, kualiti alam sekitar dan kekukuhan ekonomi dalam konteks untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat. Dalam erti kata lain, pembangunan mampan menjamin perkembangan positif dalam semua aspek kehidupan. |
civil disorder | kekacauan awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan sosial yang tidak aman disebabkan oleh penentangan politik yang ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam sesebuah negara ekoran daripada rasa tidak puas hati terhadap dasar atau keputusan yang diambil oleh kerajaan. Kebiasaannya kekacauan awam merupakan penentangan politik yang melibatkan kemusnahan harta benda dan gangguan masyarakat seperti pembakaran kenderaan, kedai, bangunan dan dalam keadaan tertentu melibatkan kehilangan nyawa. Dalam erti kata lain, kekacauan awam boleh dilihat sebagai satu bentuk bantahan politik yang bersifat di luar batasan perlembagaan. Contohnya, negara Albania pada tahun 1993 telah mengalami kekacauan awam akibat rusuhan rakyat apabila mengetahui kerajaan telah menggelapkan wang simpanan pekerja untuk kepentingan golongan elit yang memerintah. |
civil | sivil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat masyarakat yang telah mencapai taraf budaya yang rasional, berpendidikan tinggi, tingkat ekonomi yang baik dan hubungan sosial yang berasaskan kepada nilai-nilai murni. Dalam konteks politik, istilah ini merujuk kepada hubungan politik yang berlandaskan akal dan bukannya emosi. Setiap pertelingkahan politik yang timbul diselesaikan secara rundingan, tawar-menawar dan permuafakatan. Persaingan politik diambil dalam pendekatan yang positif apabila kekalahan dalam persaingan diterima dengan fikiran yang terbuka. Dalam erti kata lain, sivil merujuk kepada masyarakat yang moden dan bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. |
anarchy | anarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | 1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik. |
seiche | seiche | Sains | Hidrometeorologi | 1. Ayunan gelombang pegun badan air yang tertutup yang berterusan seperti ayunan bandul, selepas daya asal berhenti bertindak. Daya ini mungkin seismik atau daya atmosfera. 2. Ayunan satu bendalir sebagai gerak balas terhadap daya gangguan yang mempunyai frekuensi yang sama dengan frekuensi semula jadi bagi sistem bendalir itu. Pasang surut dianggap sebagai seiche yang diaruh terutamanya oleh daya berkala yang disebabkan oleh matahari dan bulan. 3. Di kawasan Great Lakes, sebarang bumbungan serta-merta air di pelabuhan atau di tasik sama ada berayun ataupun tidak. Walaupun tidak tepat dalam erti kata yang khusus, kegunaan istilah ini sudah mantap di kawasan Great Lakes. |