cohesion | kesepaduan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertautan atau persepaduan di kalangan anggota, kelompok atau etnik dalam sesebuah masyarakat. Tahap kesepaduan merupakan ukuran sosial yang penting bagi mempengaruhi kestabilan ekonomi dan politik masyarakat. Masyarakat mempunyai kesepaduan yang tinggi apabila anggota, kelompok atau etniknya menjalankan fungsi masing-masing dalam struktur masyarakat tersebut. Hal ini bermakna, kesepaduan hanya boleh tercapai apabila setiap kelompok masyarakat memenuhi dan memahami fungsi masing-masing sebagai sebahagian daripada struktur yang membentuk masyarakat. Kesepaduan yang tinggi dilambangkan dengan darjah konflik yang rendah. Contohnya, kesepaduan yang telah dibentuk dalam masyarakat Malaysia. |