cell | sel | Teknologi Maklumat | Perisian | Kotak empat segi yang merupakan titik silang bagi baris dan lajur dalam perisian hamparan/helaian rebak seperti MS Excel. Data yang ingin diletakkan dalam hamparan perlu dimasukkan melalui sel ini. Setiap sel hanya boleh memegang satu data sahaja pada satu masa. Bilangan lajur dalam perisian MS Excel ialah 256 manakala bilangan baris ialah 65,536. Hal ini bererti jumlah keseluruhan sel dalam perisian MS Excel adalah sebanyak 16,777,216. |
macrovirus | makrovirus | Teknologi Maklumat | Perisian | Sejenis virus komputer yang dikaitkan dengan pengaturcaraan makro yang digunakan dalam aplikasi pejabat seperti Microsoft Excel. Virus jenis ini adalah berbahaya kerana boleh dijangkiti dengan hanya membuka dokumen yang mengandungi pengaturcaraan makro. |
application software | perisian aplikasi | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang digunakan dalam pelbagai bidang. Contohnya, Microsoft Office menyediakan beberapa perisian aplikasi lain seperti Word, Excel, Access, PowerPoint dan Outlook. Setiap perisian ini mempunyai kegunaan yang berbeza dan berupaya membantu pengguna dalam pelbagai aspek pengkomputeran. |
herbal database | pangkalan data herba | Herba | Pemiawaian | Sistem data yang menyimpan maklumat herba seperti spesies, aktiviti biologi, kegunaan, sebatian kimia dan maklumat lain yang berkaitan secara tersusun atau sistematik. Sistem ini biasanya dalam bentuk elektronik dan menggunakan perisian komputer tertentu seperti Microsoft Excel atau Microsoft Access. Antara pangkalan data yang terkenal di Malaysia ialah Globinmed yang diselia oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur. |
dynamic data exchange (dde) | pertukaran data dinamik | Teknologi Maklumat | Tiada | Mekanisme pertukaran data, maklumat dan arahan dalam bentuk komunikasi dalam proses (IPC) di antara dua atau lebih perisian aplikasi dalam persekitaran Windows. Ketika proses pertukaran data dijalankan, mekanisme ini tidak mengganggu atau menghentikan penggunaan perisian aplikasi terbabit. Contoh, slaid pembentangan MS PowerPoint mengimport data dari fail MS Excel untuk dipaparkan dan pengguna dapat mengeksport data kembali ke dalam fail MS Excel asal. Mekanisme ini telah ditingkatkan dengan teknologi Pembenaman dan Pautan Objek (OLE). |
dynamic data exchange (DDE) | penukaran data dinamik (DDE) | Teknologi Maklumat | Perisian | Teknologi bagi komunikasi antara beberapa aplikasi dalam Microsoft Windows atau OS/2. DDE diperkenalkan pada tahun 1987 dengan kemunculan Windows 2.0. Teknologi ini menggunakan kefungsian Lapisan Mesejan Windows dalam persekitaran Windows. Teknologi ini merupakan sistem yang sama yang digunakan dalam fungsi “potong dan tampal”. Penggunaan DDE masih berterusan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan teknologi, penggunaannya sudah diambil alih oleh teknologi pautan dan benaman objek (OLE) dan model objek komponen (COM) tetapi masih digunakan dalam kerangka hubung kait fail. Fungsi utama DDE adalah untuk membenarkan aplikasi Windows untuk berkongsi data. Contohnya, satu sel dalam Microsoft Excel boleh dipautkan kepada satu nilai dalam aplikasi yang lain dan apabila nilai tersebut berubah maka nilai tersebut akan dikemas kini dan diubah secara automatik dalam Microsoft Excel. Komunikasi data diwujudkan melalui model tiga segmen, iaitu aplikasi, tajuk dan item. Contohnya, sekiranya pengg |
spreadsheet | helaian rebak | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian aplikasi yang mensimulasikan kertas helaian kerja. Perisian ini memaparkan pelbagai sel yang membentuk grid yang mengandungi baris dan lajur. Setiap sel mengandungi sama ada nilai teks abjad angka atau angka. Sel ini juga boleh mengandungi suatu rumus tafsiran yang boleh meliputi beberapa kiraan sel yang lain. Contohnya, perisian Visicalc, Lotus 1-2-3 dan MS Excel. |
virus | Virus | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara hasad yang mampu membiak dan berpindah dari satu komputer ke komputer lain. Atur cara yang dijangkiti virus tersebar ke komputer lain melalui peranti storan, rangkaian dan lampiran emel. Virus boleh dibenam dalam perisian atur cara, skrip atau makro yang direka bentuk untuk infeksi, membuat kerosakan, mengubahsuai atau menyebabkan pelbagai masalah kepada sistem komputer. Jangkitan virus ke dalam komputer boleh dicegah melalui pemasangan perisian anti virus. Contoh virus adalah seperti virus Concept yang menjangkiti fail Microsoft Word dan virus Laroux yang menjangkiti fail Microsoft Excel. Sinonim virus komputer. |