Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mortgage takafultakaful gadai janjiEkonomiEkonomi IslamPelan takaful keluarga yang menyediakan pampasan untuk melunaskan baki pembiayaan perumahan sekiranya peserta meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal. Caruman untuk pelan takaful ini hanya dibuat sekali sahaja oleh peserta, iaitu semasa mengambil pembiayaan perumahan. Jumlah caruman bergantung pada umur peserta, jumlah pembiayaan, kadar keuntungan dan tempoh pembiayaan. Jika peserta melunaskan pembiayaan perumahan lebih awal, maka peserta layak mendapat semula carumannya merangkumi tempoh takaful yang belum lupus tersebut.
takaful mortgage planpelan takaful gadai janjiEkonomiEkonomi IslamPelan yang melindungi hutang yang belum dilunaskan oleh peserta akibat kematian atau hilang upaya kekal. Hutang ini wujud akibat pembelian harta tetap seperti rumah dan tanah yang biayai oleh institusi kewangan dan kerajaan. Sekiranya peserta meninggal dunia atau hilang upaya kekal, semua baki hutangnya akan dilunaskan oleh syarikat pengendali takaful dan waris peserta tidak perlu menanggung hutang berkenaan. Sebaliknya jika peserta masih hidup selepas pelan ini matang, peserta tersebut berhak mendapat keuntungan.
takaful coverageperlindungan takafulEkonomiEkonomi IslamPerkhidmatan yang perlu diambil oleh pihak tertentu untuk menghadapi musibah. Keperluan ini mungkin wujud berdasarkan kesedaran pihak tertentu atau berdasarkan penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, pelan takaful keluarga dan takaful cermin kenderaan merupakan perlindungan yang dilakukan atas kesedaran sendiri, manakala contoh perlindungan takaful berdasarkan penguatkuasaan undang-undang ialah takaful motor pihak ketiga dan takaful gadai janji. Perolehan perlindungan berbentuk manfaat akan diberikan kepada peserta, waris atau gantian harta.
family takaful planpelan takaful keluargaEkonomiEkonomi IslamPelan yang melindungi kematian dan kecacatan anggota badan di samping menyediakan tabungan kepada peserta. Pelan takaful ini boleh disertai oleh individu dan institusi. Pelan takaful untuk individu merupakan tabungan jangka panjang di samping memperoleh perlindungan apabila berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Selain itu, individu akan mendapat pengecualian cukai ke atas caruman dan juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada tabungannya. Pelan takaful untuk institusi pula dikenali sebagai pelan takaful keluarga berkelompok, iaitu sekumpulan individu di bawah kendalian institusi berkenaan akan mendapat manfaat perlindungan yang telah ditentukan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Jangka masa pelan takaful keluarga berkelompok biasanya setahun tetapi boleh diperbaharui apabila tempohnya tamat. Contoh pelan takaful keluarga ialah pelan takaful sihat, pelan takaful wakaf, skim anuiti takaful Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelan takaful gadai janji.

Kembali ke atas