Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.gi.tan] | ݢيݢيتن

Definisi : 1. cengkaman dgn gigi utk menggigit; 2. bekas digigit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gi.tan] | ݢيݢيتن

Definisi : 1 cengkaman dgn gigi; hasil perbuatan menggigit: Penyakit itu akibat drpd ~ anjing gila. 2 bekas atau kesan kena gigit: Kamu tidak dpt tidur dgn selesa jika kamu menggaru-garu ~ nyamuk sepanjang malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigitan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heavy bitegigitan kuatPergigianTiadaDaya gigitan yang berat semasa pengunyahan. Ia dapat dikesan dengan menggunakan kertas artikulat dan boleh mengakibatkan gigi atau restorasi haus atau fraktur. Kertas artikulat akan membuat tanda pada gigi atau restorasi yang mengalami gigitan berat tersebut. Kawasan ini harus dipangkas bagi mengimbang daya gigitan pada keseluruhan gigi.
biting strengthkekuatan gigitanPergigianTiadaDaya gigitan yang dihasilkan oleh gigi semasa proses pengunyahan. Kekuatan gigitan perlu diambil kira apabila menetapkan bahan restorasi yang digunakan.
high bitegigitan tinggiPergigianTiadaKawasan restorasi yang tinggi yang mengakibatkan gigi-gigi lain tidak bersentuhan apabila rahang ditutup. Kawasan ini dapat dikesan dengan menggunakan kertas artikulat yang akan menunjukkan lokasi gigitan tinggi tersebut. Gigitan tinggi ini boleh dikurangkan dengan memangkas restorasi tersebut secara berperingkat-peringkat sehingga semua gigi bersentuhan seperti keadaan sebelum restorasi tersebut dibuat.
bite analysisanalisis gigitanPergigianTiadaProsedur mengkaji gigitan pesakit sebelum membuat restorasi yang kompleks seperti korona atau jambatan. Ia melibatkan catatan gigi yang bersentuhan semasa mulut ditutup dan juga gigi yang bersentuhan semasa pergerakan mandibel ke hadapan dan ke sisi. Analisis ini penting kerana gigitan asal tersebut patut dikekalkan selepas restorasi dibuat.
scissor bitegigitan guntingPerubatanTiadaGigitan silang mendibel secara menyeluruh dengan kesemua gigi mendibel berada lingual ke gigi maksila apabila diokludkan ke posisi kebiasaan.
bite indicatorpetunjuk gigitanPerikananTiadaLihat pengesan gigitan.
bite detectorpengesan gigitanPerikananTiadaAlat penanda daripada pelbagai jenis peralatan kecil yang dipasang pada tali pancing seperti bebola kecil, pelampung atau loceng. Alat ini dipasang pada hujung joran yang bertindak sebagai petunjuk gigitan ikan pada mata pancing. Alat ini sesuai untuk mengesan ikan yang mempunyai tabiat makan secara senyap. Sinonim petunjuk gigitan.
inclined anterior bite planesatah gigitan anterior cerunPerubatanTiadaSejenis aplians yang digunakan untuk merawat gigitan silang di bahagian anterior.
bite rimrim gigitanPerubatanTiadaPermukaan oklusi, dibentuk atas landas dentur sementara atau kekal untuk merekodkan hubungan maksila dan mandibel. Sinonim : rim oklusi, blok gigitan.
bite openingpembukaan gigitanPerubatanTiadaPenambahan dimensi tegak antara maksila dan mandibel dengan mengubah suai gigi, posisi gigi atau oklusi. Sinonim : penambahan dimensi tegak, peninggian gigitan.
12345678910...

Kembali ke atas