Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.la.gi.la] | ݢيلا٢

Definisi : 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.la.gi.la] | ݢيلا٢

Definisi : 1 spt orang gila; seakan-akan gila (tidak senonoh dll). 2 agak gila; gila sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gila-gila

Puisi
 

Tidak gula dibuat gula,
     Hanyut kiambang berangkai-rangkai;
Tidak gila dibuat gila,
     Bulan mengambang rasa nak capai.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Bagai cacing gila.

Bermaksud :

Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anyam gilaanyam gilaKesenianTiadaTeknik menganyam yang berasaskan enam helai atau bilah untuk membentuk mata anyaman heksagon,lazimnya untuk membuat rombong.
kelarai anyaman gilakelarai anyaman gilaKesenianTiadaCorak anyaman berunsur keadaan berbentuk isometrik dan mempunyai ketebalan dua kali ganda, lazimnya untuk anyaman pada ketumbu dan tudung saji.
الجنون المطبقgila kekalAgama IslamFiqhGila yang berpanjangan atau berterusan.
الجنون غيرالمطبقgila berkalaAgama IslamFiqhGila yang berlaku pada diri seseorang dalam waktu-waktu tertentu. Contohnya, ketika bulan mengambang, bulan penuh dan lain-lain.
nymphomaniacgila syahwat (wanita)PendidikanTiadaTiada
netaholicgila internetTeknologi MaklumatTiadaTiada
webaholicgila webTeknologi MaklumatTiadaTiada
webaholicgila webTeknologi MaklumatTiadaTiada
moral insanitygila moralPendidikanTiadaTiada
moral insanitygila moralSosiologiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas