Habitat | Habitat | Pertanian | Tiada | Merujuk kepada tempat sesuatu tumbuhan didapati tumbuh. Terdapat sesetengah tumbuhan hanya tumbuh di habitat yang tertentu sahaja. Di Malaysia beberapa habitat boleh dikelaskan merujuk kepada jenis vegetasi iaitu vegetasi tanah pamah, bukit dan hutan gunung. Contoh habitat ialah paya, tepi sungai dan permatang atau rabung. |
aerial habitat | habitat udara | Biologi | Ekologi | Habitat yang jauh dari permukaan bumi, misalnya habitat di atas cabang pokok bagi epifit, seperti Asplenium nidus. |
habitat | habitat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kawasan atau persekitaran yang didiami oleh populasi atau individu sesuatu spesies. Faktor cuaca, makanan yang bersesuaian dan tempat berteduh merupakan ciri penting bagi sesuatu habitat. Faktor ini mestilah memenuhi kehendak rantaian hidup setiap spesies di habitat tersebut. Contohnya, hutan paya bakau merupakan habitat bagi pokok berembang dan pedada. |
habitat | habitat | Biologi | Ekologi | Tempat tinggal sesuatu spesies haiwan atau tumbuhan, yang membolehkannya mendapatkan keperluan hidup, seperti makanan, tempat perlindungan, dan sekitaran yang sesuai untuk membiak. Misalnya, habitat bakau kurap, Rhizophora mucronata ialah di hutan bakau, dan habitat ulat gonggok, Trigoniulus lumbricus ialah di dasar hutan. |
lentic habitat | habitat lentik | Biologi | Ekologi | Habitat air bertakung, misalnya tasik, kolam, dan paya. |
lotic habitat | habitat lotik | Biologi | Ekologi | Habitat air yang mengalir, misalnya sungai dan mata air. |
habitat | habitat | Kependudukan | Tiada | Tiada |
habitat | habitat | Perikanan | Tiada | Tiada |
habitat | habitat | Perhutanan | Tiada | Tiada |
habitat | habitat | Perubatan | Tiada | Tempat kediaman semula jadi sesuatu organisma. |