Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pir.ham.pir] | همڤير٢

Definisi : akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pir.ham.pir] | همڤير٢

Definisi : sedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Puisi
 

Hari hampir sudah siang,
     Fajar di hulu sudah benderang;
Aku duduk di Muha Lawang,
     Makin bertambah hatiku pusang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marginally stablehampir-hampir stabilFizikTiadaTiada
terraceteresPertanianTiadaJalur tanah rata yang dibina hampir-hampir mengikut kontur untuk penanaman di kawasan bercerun seperti kawasan bukit bagi mengurangkan hakisan.
habittabiat; kebiasaanPentadbiran PerniagaanTiada2. Kebiasaan: Perbuatan yang malar, hampir-hampir automatik yang diperoleh melalui ulangan yang kerap.
batwing sleevelengan kelawarKesenianTiadaLengan panjang keruk jeluk sehingga hampir-hampir ke pinggang, sama sendat di pergelangan tangan. Kelihatan seakan-akan sayap.
wing sleevelengan kepakKesenianTiadaLengan panjang keruk jeluk sehingga hampir-hampir ke pinggang, sama sendat dipergelangan tangan. Kelihatan seakan-akan sayap.
constant-current characteristicciri arus malarKejuruteraanTiadaCiri voltan-arus apabila arus hampir-hampir tak bersandar terhadap voltan kenaan.
cancellationpembatalanMatematikTiada1. Kehilangan digit bererti dalam penolakan dua nombor yang hampir-hampir sama.
central eclipsegerhana pusatMatematikTiadaGerhana matahari yang luar biasa apabila titik bayang bulan hampir-hampir tidak sampai ke bumi.
compact galaxygalaksi padatMatematikTiadaAnggota kelas galaksi aneh yang kecerahannya terlalu terpumpun hingga hampir-hampir tidak dapat dibezakan dengan bintang dalam gambar foto biasa.
Bohemian topaztopaz BohemiaGeologiTiadaSejenis kuarza habluran yang lut sinar, berwarna kuning hingga coklat, hingga hampir-hampir menyerupai topaz dari segi warnanya, dan dapat dihasilkan dengan memanaskan ametis atau kuarza asap yang berwarna gelap.
12345678910...

Kembali ke atas