Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ra.pan] | هارڤن

Definisi : 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharap­kan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanya orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ra.pan] | هارڤن

Definisi : 1 orang atau sesuatu yg diharapkan: Dialah ~ gurunya kerana dia bijak, berani dan tegas. 2 hal berharap: Memang ada ~ bahawa cita-citanya akan tercapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harap
Kata Terbitan : berharap, mengharapkan, terharap-harap, harapan,

Puisi
 

Penangan juadah di atas peti,
     Pinang selaya dari kota;
Putuslah sudah harapan hati,
     Gugur berderai si airnya mata.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jadi penghubung mata telinga.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan).

 

Lihat selanjutnya...(9)

621

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hopeharapanKesenianTiadaTiada
expectationjangkaan; harapanPendidikanTiadaTiada
expectationjangkaan; harapanPerubatanTiadaTiada
expectationjangkaan; harapanPsikologiTiadaTiada
role expectationharapan perananKomunikasiTiadaPemaparan imej yang wujud dalam bentuk tingkah laku yang dilakukan oleh sesuatu bangsa sering kali dikaitkan dengan tingkah laku sebenar sesuatu kaum yang melakonkan sesuatu watak itu. Contohnya, kaum kulit hitam kerap digambarkan dengan peranan ganas maka keyakinan penonton akan kekal menganggap orang-orang berkulit hitam adalah ganas.
hopelessnesstanpa harapanPerubatanTiadaPerasaan tidak bermaya dan tidak yakin terhadap masa depan yang disebabkan oleh penyakit atau masalah yang ditanggung.
legitimate expectationsharapan sahUndang-undangTiadaJangkaan seseorang yang boleh dipertahankan di sisi undang-undang berdasarkan tindakan pihak pentadbiran bahawa dia akan mendapat sesuatu hak.
hopelessnessputus harapanPerubatanPsikiatriPerasaan tidak bermaya dan tidak yakin terhadap masa depan disebabkan oleh penyakit atau masalah yang ditanggung.
hopelessnesstanpa harapanKejururawatanTiadaPerasaan tidak bermaya dan tidak yakin terhadap masa depan yang disebabkan oleh penyakit atau masalah yang ditanggung.
potential customerpelanggan harapanEkonomiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas