bai‘ ‘inah | jual beli aset | Perniagaan Islam | Tiada | 1. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya pada harga tunai dan disusuli pembelian semula oleh penjual dengan harga tangguh yang lebih tinggi. Contohnya, pelanggan menjual aset kepada bank dengan harga tunai RM5 000 dan kemudian bank menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500. 2. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya kepada pembeli pada harga tangguh dan disusuli dengan pembelian semula oleh penjual dengan harga tunai yang lebih rendah. Contohnya, bank menjual asetnya kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500 dan kemudian bank membeli semula aset tersebut daripada pelanggan dengan harga tunai RM5 000. Bentuk jual beli ini diharuskan oleh syarak untuk memenuhi hajat pelanggan mendapatkan wang tunai tetapi bukan aset yang diakadkan. Sinonim ‘inah. |
cash to futures ratio | nisbah tunai dan harga kontrak hadapan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hubungan harga tunai sesuatu komoditi dengan harga kontrak hadapannya. |
cash price | harga tunai | Pentadbiran | Tiada | Harga yang dikenakan terhadap sesuatu keluaran barangan atau perkhidmaran yang dibayar secara tunai. |
bai‘ wafa’ | jual beli gadai janji | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang mensyaratkan produk yang dijual ditebus oleh penjual dan dikembalikan harga asal kepada pembeli. Contohnya, pelanggan menjual barangan miliknya kepada pihak institusi kewangan pada harga tunai dan kemudian berjanji akan membelinya kembali dengan harga jual beli asal. Bai‘ wafa’ merupakan pengecualian daripada prinsip am jual beli bagi memenuhi keperluan masyarakat. |
discount | diskaun | Ekonomi | Tiada | 1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut. |
bai‘ dain | bai‘ dain/jual beli hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli sekuriti hutang, hasil daripada aktiviti perniagaan kredit yang selaras dengan syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil dan al-murabahah. Jual beli ini mempunyai risiko kegagalan yang rendah. Sekuriti hutang yang berasal daripada pinjaman wang tidak dibenarkan untuk mengelakkan riba. Contohnya, pihak bank membeli sekuriti hutang yang akan matang dalam tempoh 3 bulan, bernilai RM20,000 daripada pelanggan dengan membayar harga tunai terdiskaun RM19,000 terhadap sekuriti hutang itu. |
bai‘ ‘inah financing | pembiayaan bai‘ ‘inah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan tunai yang melibatkan akad pembelian secara hutang dan penjualan semula secara tunai. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Pelanggan yang ingin mendapatkan pembiayaan tunai menghubungi bank. ii. Pelanggan membeli aset daripada bank secara hutang. iii. Pelanggan menjualkan semula aset tersebut kepada bank secara tunai. iv. Bank menyerahkan harga jualan tunai kepada pelanggan. Melalui cara ini, pelanggan telah berhutang dengan bank melalui akad hutang tetapi kemudiannya berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai. Harga jualan hutang kepada individu biasanya lebih tinggi daripada belian tunai oleh bank. Kaedah pembiayaan ini diamalkan oleh sesetengah perbankan Islam untuk tujuan pembiayaan peribadi. Penerimaan dari sudut syarak adalah berbeza mengikut mazhab kerana dianggap sebagai helah menghalalkan riba. Walau bagaimanapun, kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak apabila proses jual beli ini melibatkan pihak ketiga yang dikenali sebagai pembiayaan tawarr |
cash to futures ratio | nisbah tunai dan harga kontrak hadapan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
tawarruq financing | pembiayaan tawarruq | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang melibatkan akad pembelian aset secara hutang dan penjualan semula secara tunai kepada pihak ketiga. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Individu yang ingin mendapatkan wang tunai membeli suatu barang daripada seorang peniaga dengan harga ansuran untuk tempoh tertentu. ii. Individu tersebut menjualkan semula barang berkenaan kepada pihak ketiga secara tunai dengan harga yang kurang daripada harga beliannya. Melalui cara ini, individu tersebut telah berhutang dengan peniaga melalui akad hutang tetapi berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai daripada pihak ketiga. Kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak kerana akad hutang dan jual beli tunai itu melibatkan pihak yang berlainan. |
sanad bai‘ bi thaman ajil | bon jual beli harga bertangguh | Perniagaan Islam | Tiada | Sekuriti hutang yang diterbitkan oleh kerajaan atau pihak swasta dengan bersandarkan akad bai‘ bi thaman ajil. Pihak pelabur akan mendapat pulangan berdasarkan perbezaan nilai tunai dengan harga tertangguh. Contohnya, sekuriti yang diterbitkan oleh Syarikat Shell Malaysia Berhad dan instrumen ini boleh diurus niaga di pasaran hutang. |