misprision | silap tanggap | Kesusasteraan | Tiada | Salah bacaan atau salah fahaman. Kesilapan ini sebenarnya taktik defensif yang diamalkan penyair apabila mencipta puisinya sebagai reaksi menentang kehebatan penciptaan puisi penyair yang terdahulu daripadanya. Langkah ini dianggap perlu dalam pembaharuan proses penciptaan karya, khususnya puisi. Justeru, pembaca digalakkan mengiterpretasikan puisi dengan cara ini. Istilah ini dicipta oleh Harold Bloom dalam bukunya bertajuk Anxiety of Influence. |
reader response theory | teori respons pembaca | Kesusasteraan | Tiada | Teori moden yang memberikan fokus kepada respons pembaca berbanding teks. Tidak seperti teori Formalisme dan Kritikan Baru, teori respons pembaca menolak dakwaan bahawa pembaca memainkan peranan pasif dalam penghayatan karya. Teori respons pembaca diajukan pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Di Amerika, teori ini dikembangkan oleh tokoh seperti Stanley fish dan Harold Bloom. Di Eropah, teori ini dikenali sebagai teori resepsi dan diketengahkan oleh beberapa tokoh seperti Wolfgang Iser, Hans Robert Jauss, Michael Riffaterre, dan David Bleich. Lihat juga komuniti interpretif, ufuk harapan. |
point-plot system | sistem plot-titik | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah yang digunakan untuk menentukan hubungan antara artifak dengan kegiatan di tapak penyelidikan. Kaedah ini juga dapat menentukan sama ada taburan artifak disebarkan secara semula jadi atau melibatkan gangguan alam. Data artifak akan diplot dengan menggunakan tanda tertentu berdasarkan jenis artifak secara menegak dan mendatar. Data ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan komputer untuk mendapatkan imej tiga dimensi dan akan memberikan gambaran jelas tentang taburan artifak yang mewakili setiap petak dalam kawasan penyelidikan. Kaedah ini telah dilakukan oleh Harold Dibble di tapak Cagny-I�Epinette, bahagian utara Perancis. |
power politics | politik kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana. |