heterogenous society | masyarakat heterogen | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat kompleks yang terdiri daripada berbilang etnik dengan pelbagai amalan agama, bahasa, budaya dan warna kulit. Dalam masyarakat heterogen, tidak wujud satu unsur identiti yang jelas bagi satu-satu kelompok masyarakat. Perbezaan ini tidak terbatas kepada unsur etnik dan budaya semata-mata tetapi juga dari sudut jenis pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan, gender dan kelas. Masyarakat ini lebih kompleks daripada masyarakat majmuk yang melihat perbezaan kaum itu selari dengan perbezaan bahasa, agama dan budaya. Dalam masyarakat heterogen ini, perbezaan juga boleh terdapat dalam satu kaum. Contohnya, masyarakat metropolitan kota yang besar seperti Kuala Lumpur, London dan New York merupakan masyarakat heterogen. |
heterogeneous | heterogen | Kimia | Tiada | Berkaitan dengan campuran yang mengandungi komponen yang dapat dibezajelaskan dengan mudah. Misalnya, campuran heterogen minyak dan air mengandungi dua fasa cecair yang jelas. Bdg. homogen. |
heterogeneous system | sistem heterogen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Sistem yang tidak sekata sifatnya. Misalnya, sifat fizikal seperti ketumpatan dalam sistem heterogen akan mempunyai nilai ketumpatan yang tidak serupa dari satu titik ke titik yang lain dalam sistem tersebut. |
heterogeneous | heterogen | Fizik | Tiada | Tiada |
heterogeneous | heterogen | Geografi | Tiada | Tiada |
heterogeneous | heterogen | Geologi | Tiada | 2. Merujuk kepada sistem yang mengandung lebih daripada satu fasa. |
heterogeneous | heterogen | Matematik | Tiada | Tiada |
heterogeneous | heterogen | Pendidikan | Tiada | Tiada |
heterogene | heterogen | Perubatan | Tiada | Tiada |
heterogeneous | heterogen | Perubatan | Tiada | 1. Mempunyai atau mengandung bahan atau unsur yang berlainan kualiti. |