fish aggregation | perkumpulan ikan | Perikanan | Tiada | Keadaan apabila ikan berkumpul atau berhubungan dengan hidupan-hidupan lain atau objek yang tergantung di dalam air. Perkumpulan ini disebabkan oleh tabiat semula jadi ikan yang suka berkumpul untuk tujuan keselamatan, mencari makanan, membiak dan sebagainya. Tabiat perkumpulan ini telah dimanfaatkan oleh nelayan untuk menangkap ikan dengan memasang unjam. |
aquaponic | akuaponik | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah pertanian yang menggabungkan kaedah akuakultur dan hidroponik. Ia merupakan satu sistem kesepaduan kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantung antara satu sama lain bagi menghasilkan produk pertanian yang segar dan berkualiti tinggi. Melalui kaedah ini, hidupan akuatik seperti ikan dan udang diternak di dalam tangki atau akuarium, yang airnya akan digunakan untuk keperluan tanaman seperti sayur-sayuran yang ditanam secara hidroponik. Air sisa perkumuhan daripada ikan atau udang tersebut dapat menjadi sumber nutrien yang tinggi khasiatnya bagi tanaman berkenaan. Selepas itu, air yang telah bersih hasil daripada penyerapan sisa perkumuhan oleh tanaman tersebut, dikitar semula masuk ke dalam tangki bagi keperluan hidupan akuatik berkenaan. Sinonim agropisikultur, pisiponik. |
wildlife strike | langgar hidupan liar | Aeroangkasa | Tiada | Perlanggaran antara pesawat dengan hidupan liar semasa pesawat berlepas, mendarat, atau ketika hidupan liar melintasi landasan. |
wildlife strike | langgar hidupan liar | Umum | Tiada | Perlanggaran antara pesawat dengan hidupan liar semasa pesawat berlepas, mendarat, atau ketika hidupan liar melintasi landasan. |
endangered animal species | spesies hidupan liar terancam | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Spesies hidupan liar yang hampir pupus disebabkan faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk memastikan formulasi yang mengandungi suatu bahagian atau bahan terbitan daripada spesies hidupan liar perlu mematuhi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkaitan. |
sea star | tapak sulaiman | Perikanan | Tiada | Sejenis hidupan laut yang mempunyai lima lengan berbentuk bintang. Bahagian bawah tapak sulaiman mempunyai kaki bertiub yang membantu haiwan ini bergerak. Hidupan ini merupakan salah satu daripada tarikan kepada penyelam yang ingin melihat hidupan dasar laut. |
wildlife management | pengurusan hidupan liar | Kejuruteraan | Tiada | Manipulasi terhadap populasi hidupan liar dan habitatnya untuk manfaat manusia, kebajikan dan memelihara spesies liar daripada terancam. |
wildlife reserve | rizab hidupan liar | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Kawasan hutan yang telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan hidupan liar. |
wildlife conservation | pemuliharaan hidupan liar | Kejuruteraan | Tiada | Tindakan suatu gerakan sosial untuk melindungi, memelihara, mengurus dan mengkaji hidupan liar dan sumbernya. |
makara | makara | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Gabungan tiga unsur haiwan yang digabungkan menjadi satu. Pertama, buaya yang mewakili hidupan antara dua alam, iaitu air dan darat. Kedua, ikan yang mewakili hidupan air dan ketiga, gajah yang mewakili hidupan darat. Makara di pahat pada bahagian pemegang tangga candi dan berperanan sebagai pengusir roh jahat. Contoh penemuan makara di Malaysia ialah di Melaka, yang berusia sekitar abad 11 M hingga 12 M. |