Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[his.ta.mi.na] | هيستامينا

Definisi : (Ubat) sj bahan yg dibebaskan oleh tisu badan dlm tindak balas alahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata histamina


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antihistamineantihistaminaPerubatanTiadaUbat yang bertindak dengan merencat reseptor histamina sama ada reseptor histamina 1 (H1) ataupun reseptor histamina 2 (H2). Perencat H1 seperti Promethazine dan Chlorpheniramine digunakan sebagai antiemetik dan rawatan alahan. Ia boleh menyebabkan mengantuk dan hipotensi postural. Perencat H2 seperti Cimetidine dan Ranitidine digunakan dalam rawatan penyakit ulser peptik dengan mengurangkan penghasilan asid gaster. Perencat H2 boleh menyebabkan cirit-birit dan sakit kepala.
histaminehistaminaMakanan dan PemakananPemakananProduk pemecahan asid amino histidina yang merangsang perembesan asid daripada perut. Kesan histamina terhadap tubuh ialah pengecutan otot licin, peningkatan rembesan mukus hidung, dan perubahan dalam pencerutan salur udara. Histamina juga terlibat sebagai pengantara dalam kehiperpekaan, contohnya tindak balas alergi.
histaminehistaminaVeterinarPraklinikalSejenis amina hasil pendekarboksilan histidina (C5H9N3) yang terdapat dalam tisu badan terutama sekali dalam sel masta dan basofil. Fungsi histamina ialah (i) pendilatan kapilari dengan meningkatkan ketelapannya dan menurunkan tekanan darah (ii) pengecutan tisu otot licin termasuk otot licin bronkiol paru-paru (iii) pengaruhan peningkatan rembesan jus gaster dan (iv) pemacuan kadar degupan jantung. Histamina juga terlibat sebagai pengantara dalam kehiperpekaan; contohnya tindak balas alergi. Tindakan histamina ini adalah melalui reseptor sel H1 dan H2. Nama kimia: 1H-imidazola-4-etanamina.
histamine testujian histaminaPerubatanTiada1. Ujian untuk mengetahui kadar perembesan gaster, dengan menyuntikkan larutan 1% histamina ke dalam kulit. 2. Ujian untuk menganggar gangguan sistem saraf simpatetik.
histaminehistaminaHerbaPemiawaianBahan yang dirembeskan akibat tindak balas alahan semasa demam selesema atau alahan terhadap debunga. Kesan histamina boleh dikurangkan dengan mengambil minyak pati daripada daun sirih (Piper betle).
antihistamineantihistaminaKimiaForensikBahan sintetik yang mempunyai struktur analog dengan histamina. Kehadirannya dalam kuantiti yang sedikit dapat menghalang atau melawan tindakan histamina yang berlebihan. Bahan ini digunakan untuk merawat demam alergi, hidung tersumbat serta gatal-gatal yang dikaitkan dengan alergi dan sebagai sedatif. Contohnya, klorfeniramina (dalam Klortrimeton), dimenhidrinat (nama dagang, Dramamine), difenhidramina hidroklorida (nama dagang, benadryl). Kesan sampingan kebanyakan antihi stamina ialah mengantuk, kelesllan, loya, sembelit, serta kekeringan kerongkong dan saluran pernafasan. Kebanyakan ubat bantu tidur mengandungi antihistamina. Dos maut bagi kebanyakan antihistamina adalah dalam julat 25 mgkg - 250 mg/kg.
reaginreaginPerubatanTiadaAntibodi yang biasanya daripada IgE yang bertindak balas dengan antigen tertentu yang seterusnya mencetuskan pembebasan histamina dan amina vasoaktif yang lain; pembebasan histamina dan amina ini seterusnya mengakibatkan reaksi anafilaksis akut pada individu tertentu.
histaminehistaminaKimiaTiadaHormon, formula C5H9N3, takat beku 83 – 84oC, takat didih 209 – 210oC, wujud dalam bentuk hablur berwarna putih, larut di dalam air dan larut sedikit di dalam alkohol. Sebatian ini merupakan hasil daripada degradasi histidina dan terdapat di dalam tisu tubuh manusia dan haiwan. histamina digunakan sebagai bahan diangnosis dalam perubatan.
histaminehistaminaVeterinarTiadaTiada
histaminehistaminaPerubatanTiada1. Amina C5H9N3, yang terdapat di dalam berbagai-bagai tisu tumbuhan dan haiwan, yang berfungsi mengantarakan tindak balas alergi.
12345

Kembali ke atas