Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : isteri bapa yg bukan ibu yg sebenar; beributirikan mempunyai seseorang sbg ibu tiri: untunglah nasib anak-anak itu kalau dapat ~ orang yg bertimbang rasa dan penyayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : isteri bapa yg bukan ibu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : isteri bapa yg bukan ibu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
زوجة الأبibu tiriAgama IslamFiqhIsteri kepada bapa tetapi bukan ibu kandung.
stock characterwatak kodiKesusasteraanTiadaPelaku dengan ciri khusus yang lazimnya terdapat dalam prosa klasik dan moden misalnya watak Pak Dogol dalam wayang kulit atau ibu tiri dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah.
stock situationsituasi kodiKesusasteraanTiadaPeristiwa dalam plot yang sering diulang dalam sesebuah drama atau naratif, sehingga menjadi suatu konvensi yang memudahkan pengkaryaan. Situasi kodi boleh tampil sebagai suatu peristiwa seperti tentang kezaliman ibu tiri dan kekeliruan identiti, atau sebagai satu urutan plot seperti cinta tiga segi atau perkahwinan paksa. Dalam sastera tradisional seperti persembahan makyung, adegan mengulik, adegan pakyung berceloteh dengan peran, dan adegan menghadap rebab merupakan situasi kodi. Hal ini demikian kerana adegan ini tetap dilakukan dalam setiap persembahan makyung. Dalam bangsawan, terdapat situasi kodi seperti adegan balairong seri, adegan taman, adegan pertarungan, adegan beradu, dan mengulik.
motifmotifKesusasteraanTiada2. Gagasan yang dominan dalam sesebuah karya sastera seperti tema, citra, atau persoalan yang berulang , situasi yang konvensional, daya penarik dan insiden-insiden yang digunakan dalam budaya rakyat seperti yang terpancar dalam sesebuah karya sastera. Contoh: motif ibu tiri dalam sastera Melayu Klasik, motif penyamaran dalam sastera Panji.
motivemotifKesusasteraanTiadaUnit tema terkecil dalam sesebuah cerita atau naratif. Motif harus dibezakan dengan tema yang merupakan unit semantik yang lebih abstrak dan umum yang biasanya terdiri daripada beberapa motif. Motif mungkin berupa sesuatu kejadian, sifat atau watak. Dalam cerita pari-pari atau lipur lara, penjelmaan ialah satu motif, begitu juga pembuangan, fitnah, fakir, ibu tiri dan sebagainya. Motif yang berulang-ulang dalam sesebuah naratif disebut sebagai leit-motif. Istilah ini dalam bahasa Jerman bermaksud motif panduan.
stepparentibu bapa tiriSosiologi KeluargaTiada-
prediction/ forecastramalanKesusasteraanTiadaJalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT.
زوج الأمbapa tiriAgama IslamFiqhSuami kepada ibu tetapi bukan bapa kandung.

Kembali ke atas