Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dus.tria.li.sa.si] | ايندوسترياليساسي

Definisi : pengindustrian: kecekapan teknik dan pengurusan mereka boleh digunakan utk menjayakan lagi proses ~ negara kita Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata industrialisasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neomodernismneomodenismeKesenianSeni BinaGerakan seni yang muncul pada penghujung abad ke-20 yang mempengaruhi perkembangan kebudayaan dan kehidupan manusia termasuk dalam bidang seni dan seni bina. Kewujudan neomodenisme adalah disebabkan kegagalan dalam seni bina moden yang dikatakan timbul �rasa kebosanan� dalam keseragaman bentuk bangunan, ketiadaan identiti dan pengaruh yang kuat daripada proses industrialisasi dalam komponen bangunan. Pengamal neomodenisme mereka bentuk bangunan dengan menampilkan bentuk-bentuk tiga dimensi, berasaskan geometri, kurang menonjolkan aspek warna dan tekstur, serta menolak sebarang hiasan pada bangunan termasuk hiasan klasik tetapi lebih menonjolkan teknologi/tektonika (seni pembinaan). Para arkitek neomodenisme memanfaatkan bentuk, penggunaan bahan, warna serta struktur yang membuatkan neomodenisme berkembang kemudiannya menjadi beberapa aliran seperti aliran plastisisme dan aliran teknologi tinggi (high-tech).
social stratumlapisan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan masyarakat yang berstrata atau berlapis-lapis. Setiap masyarakat mempunyai strata atau kelas yang berbagai-bagai seperti kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan. Kewujudan kelas yang pelbagai ini menjadikan masyarakat itu dilihat berlapis. Dalam masyarakat yang sebenar, pembahagian susun lapis lebih kompleks disebabkan oleh perkembangan industrialisasi dan modenisasi yang berlaku. Susun lapis masyarakat tradisional boleh dibahagi kepada dua strata iaitu kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Manakala bagi masyarakat moden, susun lapisnya terdiri daripada pelbagai kelas seperti kelas elit, bangsawan, aristokrat, kelas menengah atas, kelas menengah bawah, kelas peniaga, buruh dan petani. Sinonim penstrataan.

Kembali ke atas