insanity | kehilangan akal/ketaksiuman | Perubatan | Tiada | Keadaan gangguan mental yang teruk, sehingga individu yang terlibat tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap tingkah lakunya, dari segi undang-undang. |
insanity | kehilangan akal/ketaksiuman | Psikologi | Tiada | Tiada |
insanity | ketaksiuman | Perubatan | Tiada | Keadaan gangguan mental yang teruk sehingga individu yang terlibat tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap tingkah lakunya dari segi undang-undang. |
insanity | ketaksiuman | Perubatan | Tiada | Keadaan yang berlaku akibat gangguan mental yang teruk sehinggakan sebarang perlakuan aneh atau salah yang dilakukan oleh pesakit tidak dapat dipertanggungjawabkan ke atas dirinya dari segi undang-undang. Lihat juga psikosis, mania, skizofrenia dan paranoia. |
insanity defense | pembelaan tak siuman | Psikologi | Psikologi Umum | Pengakuan yang sah dari segi undang-undang bahawa seseorang itu tidak dapat membezakan antara perkara yang salah dengan yang tidak salah semasa melakukan jenayah. Individu yang melakukan jenayah ini biasanya mengalami gangguan mental atau kecelaruan psikologi. Di Amerika Syarikat, pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang tidak siuman dianggap sebagai tidak bersalah. Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami masalah psikologi boleh dianggap sebagai tidak siuman. Individu yang mempunyai gangguan delusi yang teruk sahaja boleh dimasukkan dalam kategori tidak siuman. Namun, tidak banyak kes perbicaraan yang melibatkan pembelaan tak siuman. Berdasarkan kajian Phillips, Wolf dan Coons (1988), walaupun khalayak beranggapan kes pembelaan tak siuman ini banyak berlaku dalam kes mahkamah sehingga 37% tetapi data yang dapat dikumpulkan tidak lebih daripada 1%. |
moral insanity | gila moral | Pendidikan | Tiada | Tiada |
moral insanity | gila moral | Sosiologi | Tiada | Tiada |