Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata int


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
endless loopgelung tanpa hentiTeknologi MaklumatPerisianJujukan arahan dalam atur cara komputer yang gelungnya tidak mempunyai syarat penamat atau mempunyai syarat ungkapan yang tidak dipenuhi. Keadaan ini boleh menyebabkan sistem komputer mengalami kebuntuan. Contohnya, dalam kod bahasa pengaturcaraan C/C++ adalah seperti yang berikut: int i; for (i = 1; i > 0; i++) { /* Ini adalah gelung tanpa henti */ }
subclasssubkelasTeknologi MaklumatPerisianKelas yang mewarisi beberapa ciri daripada superkelas dalam pengaturcaraan yang berorientasikan objek. Subkelas selalu dirujuk sebagai kelas yang ditakrif dalam bahasa pengaturcaraan C++ yang diperkenalkan oleh Bjarne Stroustrup. Contoh deklarasi kelas dalam bahasa pengaturcaraan adalah seperti yang berikut: class orang { public: string nama; int umur; } ;
data typejenis dataTeknologi MaklumatPerisianSet nilai dan set operasi kepada nilai-nilai tersebut. Kebanyakan bahasa pengaturcaraan memasukkan konsep jenis data secara eksplisit. Kebanyakan bahasa pengaturcaraan juga mentakrifkan jenis data tambahan dan operasi yang sah terhadap jenis data yang baharu tersebut. Contohnya, bahasa pengaturcaraan Java, jenis data ”int” mewakili set integer 32 bit dari -2,147,483,648 hingga nilai 2,147,483,647. Umumnya, jenis data boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu jenis data diskret dan jenis data komposit. Lihat juga jenis data diskret, jenis data komposit.
dynamic constantpemalar dinamikTeknologi MaklumatPerisianPemalar yang memperoleh nilai yang dikira sewaktu sesuatu atur cara dilaksanakan. HaI ini bererti nilai bagi pemalar dinamik tidak boleh ditentukan semasa pengkompilan atur cara seperti pada pemalar statik. Contoh pemalar dinamik dalam bahasa C++ atau Java adalah seperti yang berikut: final int a = b + 30.
discrete data typejenis data diskretTeknologi MaklumatPerisianJenis data yang mempunyai nilai atom, tidak berstruktur, tidak boleh dipisahkan dan tidak mempunyai subkomponen. Beberapa jenis data yang termasuk dalam kategori ini ialah integer, nyata dan aksara yang kebanyakannya digunakan dalam bahasa pengaturcaraan. Contohnya, dalam bahasa pengaturcaraan C++, jenis data integer diwakili sintaks int, data nyata diwakili sintaks double dan data aksara diwakili sintaks char.
static constantpemalar statikTeknologi MaklumatPerisianDalam bahasa pengaturcaraan, pemalar statik merujuk kepada nilai yang tetap yang diketahui ketika masa pengkompilan. Nilai ini akan mempunyai nilai yang sama setiap kali atur cara tersebut dijalankan. Perubahan nilai hanya boleh dibuat dengan mengubah kod atur cara tersebut dan pengkompilan juga perlu dibuat sekali lagi. Contoh pemalar statik dalam bahasa C atau C++ adalah seperti yang berikut: CONST int a=100;
data filefail dataTeknologi MaklumatPerisianFail komputer untuk menyimpan data yang digunakan oleh aplikasi komputer atau sistem komputer. Fail ini merujuk secara khusus kepada maklumat yang digunakan sebagai input atau output bagi beberapa atur cara perisian. Maklumat fail data ini penting terutamanya dalam melakukan penyahpepijatan bagi sesuatu atur cara. Walau bagaimanapun, fail data tidak mengandungi perintah, kod sumber, operasi, struktur aplikasi atau struktur sistem. Terdapat dua jenis fail data, iaitu fail data terbuka dan fail data tertutup. Contoh pengekodan fail data terbuka dan fail data tertutup dalam bahasa C masing-masing adalah seperti yang berikut: Fail data terbuka: 1. FILE *fopen(const char *path, const char *mode); FILE *freopen(const char *path, const char *mode, FILE *fp); Fail data tertutup: 2. int fclose(FILE *fp);

Kembali ke atas