Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[io.din] | اييودين

Definisi : (Kim) unsur kimia bukan logam yg menyerupai klorin dan bromin (digunakan utk ubat dan dlm membuat foto). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[io.din] | اييودين

Definisi : unsur kimia yg berwarna hitam kebiru-biruan yg memejalwap menjadi gas berwarna ungu, (terdapat dlm air laut dan rumpai laut) dan digunakan utk ubat, dlm membuat pencelup dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata iodin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
iodometryiodometriKimiaKimia AnalisisTitratan iodin secara tidak langsung. Iodin dihasilkan daripada pengoksidaan iodida oleh spesies analit oksida seperti ion kromat. Iodin tersebut ditentukan melalui penitratan dengan tiosulfat.
iodimetryiodimetriKimiaKimia AnalisisTitratan iodin secara langsung. Iodin bertindak sebagai pengoksida dan digunakan untuk menentukan spesies terturun. Takat akhir ditunjukkan oleh kelebihan iodin melalui pembentukan warna biru tua apabila ditindakkan dengan kanji, atau lain-lain.
iodismiodismePerubatanTiadaKeracunanan kronik oleh iodin atau sebatian iodin, ditandai dengan koriza, ptialisme, sakit kepala, lemah dan letusan pada kulit.
iodotherapyiodoterapiFarmasiFarmakologiRawatan perubatan menggunakan iodin atau iodida. Contohnya, iodin diguna.kan untuk merawat penyakit yang berkaitan paru-paru seperti asma, bronkitis dan em:fisema.
iodineiodinVeterinarTiadaSimbol: I. Unsur bukan logam berwarna ungu gelap yang diperlukan sebagai unsur surih pada organisma hidup. Pada haiwan, unsur ini terdapat banyak dalam kelenjar tiroid dan merupakan komponen dalam hormon tiroksin. Walau bagaimananapun, unsur ini tidak digunakan dalam bentuk yang tulen. Selalunya, larutan iodin merupakan ubat luka atau kudis yang mengandungi 2.5% iodin. Kekurangan iodin ditunjukkan melalui simptom goiter (beguk). Keadaan ini boleh diatasi dengan memberikan garam jilat yang mengandungi iodin. Sumber makanan daripada laut seperti mil ikan, mil udang dan silaj ikan mempunyai kandungan iodin yang tinggi.
iodine valuenilai iodinHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam gram iodin yang ditindakkan bagi seratus gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan asid lemak tak tepu dalam minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan dilarutkan dalam kloroform dan ditindakkan dengan larutan iodin bromida, kalium iodida dan air. Campurannya dititrat dengan natrium tiosulfat menggunakan kanji sebagai indikator. Nilai iodin diperoleh daripada ungkapan 1.269x/w iaitu x ialah perbezaan isi padu natrium tiosulfat bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai iodin piawai bagi minyak linsid dara di antara 160 - 200 dan lemak keras tidak melebihi 3.0.
iodineiodinMakanan dan PemakananPemakananMineral surih yang wujud dalam bentuk granul, relap, berwarna kelabu, mudah terpejal wap, larut dalam pelarut tak terkutub, dan larut sedikit dalam air. Kekurangan iodin boleh menyebabkan beguk. Antara sumber yang kaya dengan iodin ialah garam beriodin dan ikan laut.
iodine valuenilai iodinFarmasiTiadaPeratusan iodin yang diserap oleh bahan tak tepu seperti lemak dan minyak. Nilai ini muerupakan ukuran ketaktepuan suatu bahan.
amiloseamilosaVeterinarPraklinikalPolisakarida larut air yang terbentuk daripada 300 hingga 3;000 unit glukosa yang diikat melalui ikatan α (1→ 4) dengan membentuk polimer tidak bercabang. Amilosa wujud sebagai heliks panjang berlingkar. Heliks amilosa ini boleh distabilkan oleh iodin. Ikatan iodin dengan heliks amilosa menghasilkan warna biru terang yang digunakan sebagai ujian kuantitatif untuk kanji.
thyroglobulintiroglobulinBiologiFisiologiGlikoprotein yang mengandungi iodin yang terdapat dalam kelenjar tiroid dan manosa atau n-glukosamina. Iodin yang terdapat di dalam kelenjar tiroid disimpan dalam bentuk glikoprotein tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas