socialist realism | realisme sosialis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang bersifat estetika yang menggunakan bahan seni seperti sastera, lukisan atau muzik untuk menanam kesedaran sosial dalam membentuk satu masyarakat sosialis. Fahaman ini tidak menekankan kepada kekuatan ketenteraan atau propaganda pemimpin, sebaliknya meletakkan kepentingan bahan seni sebagai keutamaan. Bahan-bahan seni yang digemari oleh rakyat akan dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran sosial dan politik. Cerita kesusahan petani dan buruh ditonjolkan bagi menanam semangat cintakan negara. Tulisan Nikolay Ostrovsky berjudul How the Steel Was Tempered digunakan sepenuhnya oleh pendukung realisme sosialis di Rusia pada dekad 1930-an untuk membangunkan kesedaran masyarakat dalam membina masyarakat sosialis. Antara tokoh fahaman ini ialah Nikolay Ostrovsky, Ishak Haji Muhammad dan Usman Awang. |