ditty | diti | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis puisi yang dicipta untuk dilagukan atau dinyanyikan. Puisi ini biasanya pendek, mudah dan ringkas. Diti sering dikaitkan dengan jenis puisi pendek dalam pelbagai bentuk termasuklah bentuk balada. Contohnya, karya Taufiq Ismail berjudul Mengakar ke Bumi Menggapai Ke Langit: Taufiq Ismail Himpunan Lirik Lagu 1972 � 2008. Diti dikatakan hampir menyerupai jingel. Lihat juga balada, jingel |
induction | aruhan | Matematik | Tiada | Proses mendapatkan kesimpulan umum daripada beberapa kes khusus. Kesimpulan itu tidak semestinya benar. Contoh: Ismail pelajar tahun satu lulus ujian matematik. Farhana pelajar tahun satu lulus ujian matematik. Secara aruhan, semua pelajar tahun satu lulus ujian matematik. Bandingkan deduksi. |
fringe theatre | teater pinggiran | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang dipersembahkan di luar pusat utama pementasan teater. Contoh pusat utama ialah Broadway (New York), West End (London), Taman Ismail Marzuki (Jakarta), dan Istana Budaya (Kuala Lumpur). Pada mulanya, pementasan teater pinggiran adalah untuk memerikan drama yang dipentaskan di kawasan pinggiran dan bercirikan avante-garde serta antigolongan berkuasa pada tahun 1950-an. Kini, teater ini tidak lagi terhad kepada tema di atas, tetapi turut mempersembahkan drama arus perdana yang boleh diterima umum. Lihat juga grada depan. |
anastrophe | anastrofa | Kesusasteraan | Puisi | Pembalikan susunan bahagian-bahagian kalimat atau perkataan daripada kedudukannya yang biasa. Contohnya, baris 'Telah kususun letakmu' petikan dan puisi "Usia" karya Siti Zainon Ismail. |
edition major | edisi ilmiah | Kesusasteraan | Tiada | Kajian teks yang mengikut prinsip-prinsip ilmiah, dengan memberikan huraian mengenai latar belakang teks, transliterasi naskhah dan sistem aparatus kritikus. Contoh: Babat Buleleng, suntingan Worsley, Hikayat Negeri Johor suntingan Ismail Hussein dan Hikayat Banjar suntingan J.J Ras. |
dysphemism | desfemisme | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan sesuatu pemikiran dalam nada yang kasar. Walau bagaimanapun ungkapan yang digunakan itu tidaklah sampai menyinggung perasaan pembaca atau khalayak pendengar. Contohnya, puisi "Celana Dal am" dalam antologi Kemala 152 karya Ismail Muhammad. Sinonim ungkapan kasar. |
inversion | kebalikan | Kesusasteraan | Puisi | Proses pembentukan dan susunan subjek dan predikat sesebuah kalimat. Dalam kes kebalikan, penyair mendahulukan bahagian predikat, misalnya 'Telah tumpah' kemudian baharu diikuti dengan subjek, 'Gerimis' petikan dari 'Telah tumpah gerimis' dari puisi "Bunga Gerimis" karya Siti Zainon Ismail. |
background | latar | Kesusasteraan | Tiada | Ruang, masa dan situasi yang menjadi konteks kepada sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Ruang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung dan bandar. Contohnya, Kampung Banggol Derdap dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Masa merujuk kepada waktu, musim dan zaman seperti zaman perang dalam novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. Situasi merujuk kepada keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Contohnya, pergolakan politik menjadi latar penulisan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Latar memainkan peranan penting untuk melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap penonton. Dalam drama, latar merujuk kepada tirai latar dan peralatan pentas yang digunakan. |
opposing writer | penulis penentang | Kesusasteraan | Tiada | Penulis yang mempertikaikan ideologi politik dan budaya negara sendiri melalui karya mereka. Kebanyakan penulis berasal dari negara komunis seperti Boris Pasternak, Mikhail Zoshdrenko, Anna Akhmatova dan Alexander Solzhenitsyn dari Rusia, serta Vadav Havel dan Milan Kundera dari Czechoslovakia. Contoh penulis penentang di Asia Tenggara ialah Pramoedya Ananta Toer dan W. S. Rendra. Penulis lain ialah Taufik Ismail dari Indonesia melalui karyanya Malu Aku Menjadi Orang Indonesia. |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |