equivalent | setara | Matematik | Tiada | Sifat yang bererti “sama” dengan tafsiran tertentu mengikut konteks. Contoh: (i) Dua pecahan adalah setara jika nilainya sama. (ii) Dua persamaan dikatakan setara jika kedua-duanya mempunyai punca yang sama. (iii) Dua syarat dikatakan setara jika (a) apabila satu syarat itu benar, yang lain itu pun benar, dan (b) apabila satu syarat palsu, yang lain itu pun palsu juga. |
verism | verisma | Kesusasteraan | Tiada | bagi seni dan kesusasteraan; oleh itu apa yang buruk pun mesti disajikan. |
two-froce mamber | anggota dua daya | Mekanik | Gunaan | Anggota struktur yang hanya ditindak oleh daya di dua titik pada anggota itu. Misalnya, semua anggota kekuda merupakan anggota dua daya. Anggota dua daya mempunyai keistimewaan dari segi analisis mekanik kerana walau apa pun bentuk anggota itu, keseimbangan mensyaratkan daya panduan di dua titik berkenaan mempunyai magnitud yang sama, hala yang bertentangan dan garis tindakan yang sepunya. Garis tindakan itu pula perlu sekena dengan garis yang menghubungkan titik-titik kenaan daya. |
ghazal/ghazel | ghazal | Kesusasteraan | Puisi | Puisi lirik yang berasal dari Parsi dan digunakan sebagai nyanyian di kalangan orang muda dalam percintaan, bentuknya terdiri daripada lapan baris satu bait, dan rima akhirnya sama. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisi. Kekasihku seperti nyawa adalah terkasih dan mulia juga, Dan nyawaku pun, mana daripada nyawa itu jauh ia juga; Jika seribu tahun lamanya pun hidup ada sia-sia juga |
soft water | air lembut | Kimia | Tiada | Air yang tidak mengandungi larutan sebatian-sebatian logam seperti sebatian kalium, sebatian besi, atau sebatian magnesium, dan kerana itu mudah berbuih dengan sabun dan kadar daya cucian pun bertambah. |
soft water | air lembut | Kimia | Biokimia | Air yang tidak mengandungi larutan sebatian-sebatian logam seperti sebatian kalium, sebatian besi, atau sebatian magnesium, dan kerana itu sudah berbuih dengan sabun dan kadar daya cucian pun bertambah. |
masculine rhyme | rima ekasuku | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terbentuk kesan daripada penggunaan diksi atau kata yang terdiri daripada ekasuku. Umpamanya penyair menggunakan kata jam, bah, pun, nun, yang, tak ,Jin dan lain� lain sama ada dalam baris mahupun di akhir baris sesebuah sajak. Namun dalam proses penciptaan sesebuah puisi itu, penyair jarang sekali menggunakan kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu bagi tujuan memunculkan unsur rima sama ada di tengah atau di akhir. Tambahan pula dalam kosa kata bahasa Melayu kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu jumlahnya amat kecil. |
narrator | pengisah | Kesusasteraan | Puisi | Penyair yang menciptakan sesebuah puisi, ataupun orang yang membacakan atau mendeklamasikannya. Contohnya, pengisah kepada peristiwa kematian Atmo Karpo dalam puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" itu ialah W.S. Rendra, sedangkan pengisah dalam bentuk deklamasi tidak semestinya W.S. Rendra, sesiapa pun boleh mengisahkannya. Sinonim tukang cerita. |
steam fog | kabut kukus | Sains | Hidrometeorologi | Kabut yang terbentuk apabila wap air masuk ke udara yang lebih sejuk daripada punca wap; yang paling biasa adalah apabila udara yang sangat sejuk bertiup melintasi air yang agak panas. Walau apa pun keadaan punca wap (air panas, ekzos pembakaran industri, hembusan nafas), keseimbangan tekanan wapnya lebih tinggi daripada tekanan yang bersepadanan di dalam udara yang lebih sejuk. Oleh itu, wap air setelah bercampur dengan dan disejukkan oleh udara sejuk akan memeluwap dengan cepat. Mekanisme ini tidak membenarkan kabut sampai ke punca wap, dan juga, setelah percampuran lanjutan berlaku dalam aliran yang cukup bergolak atau dalam aliran olakan (hanya darjah yang kecil diperlukan), zarah kabut menyejat pada suatu had atas yang jelas bagi kabut. Walaupun alir lintang udara diperlukan untuk menghasilkan kabut kukus, ia jauh berbeza daripada kabut air lintang yang disebabkan oleh udara panas dan lembap yang bergerak di atas permukaan sejuk. |
steam fog | kabut stim | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kabut yang terbentuk apabila wap air masuk keudara yang lebih sejuk daripada punca wap; yang paling biasa adalah apabila udara yang sangat sejuk bertiup merentasi air yang agak panas. Walau apa pun keadaan sumber wap (air panas, ekzos pembakaran industri, hembusan nafas), keseimbangan tekanan wapnya lebih tinggi daripada tekanan yang bersepadanan di dalam udara yang lebih sejuk. Oleh itu, wap air setelah bercampur dengan udara sejuk akan menyejuk dan memeluwap dengan cepat. mekanisme ini tidak membenarkan kabut sampai ke sumber wap, dan juga, setelah percampuran lanjutan berlaku dalam aliran yang cukup bergolak atau dalam aliran olakan (hanya darjah yang kecil diperlukan), zarah kabut menyejat pada suatu had atas yang jelas bagi kabut. Walaupun adveksi udara diperlukan untuk menghasilkan kabut stim, ia jauh berbeza daripada kabut adveksi yang disebabkan oleh udara panas dan lembap yang bergerak di atas permukaan sejuk. Kabut stim selalunya dilihat di atas permukaan tasik dan sungai pada pagi musim gugur yang |