schedule bond | bon jadual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon kesetiaan yang melindungi kerugian akibat pecah amanah oleh pekerja, jawatannya dinamakan dalam bon tersebut. |
abdicate | turun takhta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi seorang raja atau permaisuri yang merupakan ketua sesebuah negara melepaskan jawatannya sebagai pemerintah. Hal ini berlaku bukan kerana tamat tempoh pemerintahannya tetapi atas kerelaan untuk melepaskan jawatan tersebut. Situasi ini pada tradisinya wujud dalam sistem pemerintahan yang berbentuk monarki. Contohnya, Raja Don Juan Pinto, Brazil, telah turun takhta pada tahun 1882 dan menyerahkan tanggungjawab pemerintahan kepada putera beliau Don Juan II. |
position schedule bond | bon jadual kedudukan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon kesetiaan yang melindungi kerugian akibat pecah amanah oleh pekerja, jawatannya dinamakan dalam bon tersebut. |
ad hoc judge | hakim ad hoc | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hakim yang dilantik khusus untuk sesuatu kes sahaja dan tempoh pemegangan jawatannya berakhir setelah selesainya kes tersebut. Contohnya, dalam kes pertikaian Batu Putih, terdapat dua orang hakim ad hoc yang masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura turut terlibat dalam membuat pengadilan dalam kes tersebut. |
code of behaviour | kod tingkah laku | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Peraturan, peruntukan dan arahan khas yang dinyatakan dengan jelas dalam satu dokumen bertulis mengenai kelakuan dan tatatertib. Kod tingkah laku ini menjadi panduan kepada pihak tertentu di bawah sesuatu bidang kuasa. Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia para hakim tertakluk kepada Kod Etika Hakim (1994) sepanjang menjalankan tugas mereka. Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam kod etika ini membolehkan seseorang hakim itu dipecat daripada jawatannya. Antara perkara yang dinyatakan dalam kod tersebut ialah; para hakim tidak boleh (i) bertindak kurang cekap, kurang berusaha dan membelakangi tugas-tugas kehakiman, (ii) berkelakuan tidak jujur dan mencemarkan nama badan kehakiman, (iii) melenggah-lenggah kes tanpa sebarang alasan yang munasabah, (iv) tidak mematuhi arahan statutori, (v) tidak hadir ke mahkamah pada waktu pejabat, dan (vi) perlu mengisytiharkan harta secara bertulis kepada Ketua Hakim Negara. |