Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jk cebur; menjebur mencebur (terjun ke dlm air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jebur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acetaminophenasetaminofenKimiaForensikFormula kimia, C8H9O2N; nama lain, N-asetil-para-aminofenol (APAP,para-asetilaminofenol, parasetamol; nama dagang, Panadol, Tylenol. Hablur tidak berbau, terasa pahit sedikit, takat Jebur 169°C - 171°C, larut sedikit dalam air dan eter, dan larut dalam etanol. Hablur ini disediakan daripada tindak balas para-aminofenol dengan larutan akueus asetik anhidrida. Setaminofen merupakan alternatif aspirin, selain ibuprofen (nama dagang, Advil , Nuprin), dan naproksen (nama dagang, Aleve). Ubat ini mempunyai keaktifan analgesik setanding dengan aspirin, tetapi tidak mempunyai keaktifan antiradang dan tidak mempunyai kegunaan dalam penyakit reumatik. Ubat ini merupakan analgesik sederhana kuat yang paling banyak digunakan serta tidak bersifat asid, dan oleh itu tidak menyebabkan perdarahan dalam perut. Kesan sampingannya termasuk alergi yang serius dan anemia. Dos yang berlebihan menyebabkan kerosakan hati yang boleh membawa maut.

Kembali ke atas