Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ba.rét] | کاباريت

Definisi : (kabarét) 1. persembahan hiburan spt muzik, nyanyian, tarian, dsb) di kelab malam atau restoran; 2. kelab malam atau restoran yg menyediakan persembahan hiburan spt nyanyian, tari-menari, muzik, dsb: Henry yg baru belajar berdansa akan pergi ke ~ utk mencuba-cuba kebolehannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ba.rét] | کاباريت

Definisi : /kabarét/ ruang khas tempat orang menari-nari dan minum-minum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabaret


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cabaretkabaretPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
rhumbarhumbaMuzikTiada

 Tarian Cuba yang bermeter 8/8 dengan corak rentak 3 + 3 + 2. Tarian ini dijadikan sebagai sejenis tarian sosial yang ditarikan dalam dewan besar di Amerika Syarikat dan di Eropah pada awal abad ke-20. Tarian ini juga popular dalam dewan tarian kabaret, pentas joget dan teater bangsawan pada tahun 1930-an hingga tahun 1950-an di Malaysia dan di Singapura.

Malay orchestraorkestra MelayuMuzikTiada

 Orkestra muzik popular pada abad ke-20 di Malaysia. Orkes­tra ini menggabungkan alat muzik Barat seperti piano, gitar, trompet, trombon, saksofon, klarinet, violin, dram dan marakas dengan alat muzik tempatan seperti tabla, rebana dan gambus. Orkestra Melayu mengiringi teater bangsawan, muzik popular dan tarian kabaret.


Kembali ke atas