pesidential democracy | demokrasi berpresiden | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang presidennya berkuasa dalam pemerintahan mengikut corak pemerintahan Amerika Syarikat. Sistem demokrasi ini berbeza daripada sistem demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh Great Britan. Dalam sistem ini, presiden menjadi ketua negara dan juga ketua kerajaan serentak. Presiden dan ahli kabinetnya tidak menganggotai dewan perundangan atau kongres, walaupun begitu semua keputusan kongres perlu mendapat perakuan presiden sebelum dilaksanakan. Presiden melantik anggota kabinet atas nama setiausaha seperti setiausaha pertahanan dan pelajaran. Dalam maksud lain, beliau merupakan seorang yang sangat berkuasa dalam pemerintahan negaranya. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat dan Filipina. |
central government | kerajaan pusat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Institusi pemerintah peringkat tertinggi yang terdapat dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem persekutuan. Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang besar mengatasi kuasa yang ada pada kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan dan menjadi pusat rujukan bagi pentadbiran negara. Kuasa kerajaan pusat diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Kuasa ini biasanya meliputi hal ehwal luar negeri, pertahanan, kewangan, perdagangan antarabangsa dan keselamatan dalam negeri. Kerajaan pusat di Malaysia mempunyai struktur pentadbiran yang sistematik, terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Kabinetnya, Parlimen dan Kehakiman. |